Tulang Rapuh (Osteoporosis) Punca Besar Masalah Patah Pada Usia Tua: Bolehkah ia dicegah?

Tulang terdapat di dalam tubuh pelbagai jenis kehidupan di dunia ini. Tulang adalah tisu yang dinamik. Tulang manusia mempunyai proses pembentukan dan proses penyerapan. Keseimbangan proses ini adalah kunci sama ada terjadinya tulang rapuh (Osteoporosis) atau sebaliknya. Kajian menunjukkan bahawa proses pembentukan dan penyerapan tulang akan berkurangan apabila meningkat usia dan menyebabkan tulang menjadi kurang padat.

Apabila umur mencecah 35 tahun, kepadatan tulang akan berkurangan sebanyak 0.2% daripada jisim tulang. Bagi wanita yang telah menopos, kehilangan jisim tulang meningkat kepada 1%. Contoh yang mudah untuk difahami: wanita berumur 80 tahun akan kurang 30% dari jisim awal tulangnya berbanding lelaki yang hanya akan hilang jisim tulang hanya 10% sahaja.

Badan memerlukan kalsium dan fosfat bagi penghasilan tulang yang kuat. Sekiranya kurang, proses pembentukan tulang akan terjejas dan mengakibatkan terjadinya osteoporosis. Risiko untuk payah akan meningkat oleh kerana tulang rapuh. Dalam kalangan warga emas, pengurangan vitamin D menyebabkan penyerapan kalsium semakin sukar.

Bahagian-bahagian yang berisiko untuk patah seperti tulang paha, hujung-hujung tulang tangan dan tulang belakang.

Faktor-faktor Tulang Rapuh

  1. Menopos
  2. Kurang Melakukan senaman
  3. Menggunakan rawatan steroid yang berpanjangan
  4. Pengambilan alkohol
  5. Merokok
  6. Manakan yang kurang nutrisi

Komplikasi Osteoporosis
(Tulang Rapuh)

  1. Tulang mudah patah walaupun hanya terjatuh
  2. Badan mula membongkok
  3. Sakit belakang yang berterusan
  4. Tulang yang patah mengambil masa yang lama untuk sembuh

Rawatan Fisioterapi

Pelbagai senaman yang boleh dilakukan namun ia harus la bersesuaian dengan usia dan juga faktor keselamatan. Bagi yang sudah berusia, pemilihan senaman amatlah penting bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan over pressure.

Senaman “Sit to stand”
1. Letakkan kerusi berdekatan dengan pintu atau tempat pemengang untuk menyokong
2. Duduk di atas kerusi dan berdiri
3. Ulang sebanyak 10 kali. Ketika melakukan senaman pastikan anda sentiasa memegang penyokong bagi mengurangkan risiko terjatuh.
4. Boleh Lihat video di bawah untuk lebih memahami

REHABILITASI STROK (Sit-to-stand)

REHABILITASI STROK (Sit-to-stand).Video untuk stroke rehab sebelum ni kami ada kongsikan rehabilitasi untuk upper limb joint approximation. So, kali ni, kami akan berkongsi salah satu senaman untuk strok yang dikenali sebagai 'Sit-to-stand'..'Sit-to-stand' ini merupakan teknik rawatan di mana membantu untuk menguatkan bahagian kaki dan melatih fungsi fizikal pesakit secara optimum dari duduk ke berdiri dan sebaliknya. Ulang sebanyak 10 kali dan cuba lakukan sesekerap yang mungkin..Pastikan anda memantau dan sentiasa berada di sisi pesakit strok pada sebelah yang lemah ketika pesakit melakukan senaman..Bagi yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh komen di bawah atau terus hubungi kami…Layari laman web kami untuk info yang lebih menarik di:http://www.ifixphysiotherapy.com.myhttp://www.ifixphysiotherapy.com.myhttp://www.ifixphysiotherapy.com.my

Posted by Ifix Physiotherapy Nilai on Sabtu, 4 April 2020

Bridging Exercise
1. Baring di atas tempat yang rata.
2. Bengkokkan kedua-dua kaki dan tapak kaki menyentuh lantai.
3. Tangan diletakkan disisi
4. Angkat Punggung ke atas dan tahan selama 10 saat.
5. Ulang senaman ini sebanyak 10 kali. (elakkan meletakkan bantal pada bahagian kepala ketika melakukan senaman ini)

BRIDGING EXERCISE

OTOT PINGGUL YANG LEMAH ADALAH PUNCA SAKIT BELAKANG..Tahukah anda, otot pinggul yang lemah merupakan salah satu penyebab utama untuk anda mengalami sakit belakang?Disebabkan oleh ketidakseimbangan otot, tekanan yang tinggi akan lebih diberikan kepada otot belakang anda apabila otot pinggul anda lemah..Jadi di sini kami ada kongsikan satu senaman untuk menguatkan otot pada bahagian pinggul bagi mengelakkan anda mengalami sakit belakang..Jom amalkan!..Layari website kami untuk info yang lebih menarik di:http://www.ifixphysiotherapy.com.myhttp://www.ifixphysiotherapy.com.myhttp://www.ifixphysiotherapy.com.my

Posted by Ifix Physiotherapy Nilai on Rabu, 1 Januari 2020

Senaman “Bird Dog”
1. Mulakan dengan posisi seperti merangkak
2. Angkat tangan kanan lurus ke hadapan
3. Kemudian angkat kaki kiri lurus ke bawah
4. Lakukan pergerakkan ini secara serentak dan bergilir-gilir kiri dan kanan
5. Ulang senaman ini sebanyak 10 kali dan 3 set.

SAKIT BELAKANG: SENAMAN BIRD DOG

OTOT BELAKANG YANG LEMAH PUNCA SAKIT BELAKANG….Untuk pengetahuan semua, selain postur dan ergonomik yang tidak betul, otot belakang yang lemah juga menjadi salah satu faktor untuk seseorang itu mengalami sakit belakang..Jadinya di sini kami ada kongsikan senaman untuk menguatkan otot-otot belakang dan juga pinggang..Tak susah untuk lakukan, boleh ikut step macam dalam video ni. Lakukan sekurang-kurangnya 3 sesi sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam. Dan pastikan semasa buat senaman ini jangan tahan nafas ya, bernafas sahaja seperti biasa. Selamat mencuba!..Layari website kami untuk info yang lebih menarik di:http://www.ifixphysiotherapy.com.myhttp://www.ifixphysiotherapy.com.myhttp://www.ifixphysiotherapy.com.my

Posted by Ifix Physiotherapy Nilai on Khamis, 23 Januari 2020

Untuk mendapatkan pelbagai lagi tip-tip senaman boleh hubungi kami untuk info lanjut.

7 Cara Mencegah Osteoporosis

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial