Loading...
Loading...

ADAKAH ANDA JUGA MENGALAMI MASALAH
SEPERTI INI?

JIKA YA, KAMI ADA SOLUSI UNTUK ANDA!

PERKONGSIAN DARIPADA MEREKA..

“Sehinggakan saya terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja..”

Saya menderita slip disc sejak sekian lama. Masa awal-awal dulu, saya ingat itu hanya sakit belakang biasa. Dulu saya selalu dapatkan rawatan urutan moden dan tradisional, tetapi tiada apa-apa perubahan. Lama kelamaan saya mula rasa kebas hingga ke kaki.

Rasa sakit saya bermula sewaktu saya sedang bekerja dan pekerjaan saya banyak melibatkan duduk serta menunduk dalam tempoh yang lama.

Terpaksa ambil cuti sakit berulang kali kerana rasa sakit sehingga menyebabkan saya tidak boleh bangun. Segan pulak dengan bos dan rakan sekerja. Sehinggakan suatu hari, atas nasihat ibu saya, saya terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Rasa bersalah dengan ibu, sebab sejak saya berhenti kerja hanya ibu seorang sahaja yang bekerja dan kerap ‘overtime’ untuk menanggung kami 3 beradik.

Selalu tercari-cari mana hendak dapatkan rawatan yang sesuai?

Nak juga macam orang lain boleh ke sana ke sini, dan kerja pun cergas.

Sehinggalah suatu hari, saya tertarik untuk mencuba rawatan di sini. Rawatan yang diberikan jauh berbeza dengan rawatan-rawatan yang pernah saya pergi sebelum ini. Selepas menjalani 5 sesi rawatan, rasa sakit banyak sangat berkurang dan kini rasa kebas pun dah tiada.

Saya sudah kembali cergas seperti dulu dan sekarang ini, saya dalam proses untuk memohon kerja di tempat baru. Terima kasih Ifix kerana banyak membantu saya!

(Puan L, Umur 25 tahun – Slip Disc)

“Kini abah semakin beransur pulih, sehingga hari ini abah sudah boleh berjalan sendiri..”

Abah kami terkena serangan strok pada September yang lalu. Bermula dari hanya terbaring di atas katil hospital dan dipakaikan tiub, kini abah semakin beransur-ansur pulih, sehingga hari ini abah sudah boleh berjalan sendiri.

Pada awal serangan, keseluruhan badan sebelah kanan abah dari kepala hingga ke kaki terkunci, lemah dan tak berdaya. Abah sememangnya seorang yang sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, persatuan dan rajin ke masjid. Hidupnya sibuk dengan menguruskan persatuan demi kemajuan ummah dan masyarakat namun bertukar menjadi tak berdaya dalam sekelip mata. Ketika itu abah sangat sedih dan sensitif.

Kami anak-anak juga turut sedih namun cuba mencari kekuatan bersama untuk memberi semangat kepada abah.

Berkat sokongan, dorongan, kekuatan dan doa yang tidak putus-putus, sekarang abah sudah boleh perlahan-lahan berjalan dan boleh menguruskan diri sendiri.

Hampir 4 bulan banyak kemajuan yang telah abah capai. Banyak sangat perubahan pada abah. Dikesempatan ini dengan seikhlas hati dan penuh kesyukuran, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada team Ifix kerana dari hari pertama lagi telah banyak memberi dorongan dan semangat pada abah. Kalian sangat profesional dan mesra.

Abah sudah menjalani sesi Fisioterapi bersama Ifix sebanyak 15 sesi. Kami yakin jika harini abah mampu berjalan tanpa tongkat dan kerusi rodanya, tidak mustahil abah akan dapat berlari semula dan boleh mendaki bukit macam dulu-dulu. Dan jika perlu, abah akan meneruskan lagi rawatan dan latihan di Ifix.

(Encik A, Umur 63 tahun – Strok)

BAGAIMANA RAWATAN KAMI MEMBANTU ANDA?

RAWATAN ‘MANUAL THERAPY’

Teknik ini dilakukan secara manual (tangan/sentuhan terapis) sebagai tujuan meredakan rasa sakit dengan mengurangkan tegang pada otot, ketat pada sendi tulang dan juga himpitan pada saraf.

RAWATAN ‘DRY NEEDLING’

Rawatan ‘dry needling’ dapat mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh ‘trigger point’ (titik punca sakit). Ianya juga dapat membantu meningkatkan julat pergerakan sendi dan melancarkan aliran darah.

PRESKRIPSI SENAMAN

Senaman yang diberikan adalah bergantung kepada kesesuaian masalah dan kondisi pesakit. Ianya sangat penting dalam membantu menguatkan otot dan mengurangkan rasa tegang, sekaligus mengurangkan kesakitan.

MODALITI ELEKTROTERAPI

Kaedah rawatan ini bertindak mengurangkan kesakitan kecederaan tisu dan otot secara semula jadi. Ianya juga berfungsi untuk merangsang otot lemah yang disebabkan oleh kecederaan saraf.

REHABILITASI & PEMULIHAN

Rawatan ini sangat penting terutamanya bagi kondisi strok, baru menjalani pembedahan dan lain-lain lagi. Ianya berfungsi untuk melatih pergerakan dan membantu pesakit kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

SEBAB MEREKA MEMILIH KAMI

DAPATKAN HARGA PROMOSI SESI RAWATAN

TEMPAH TEMUJANJI ANDA SEKARANG DENGAN MENGHUBUNGI KAMI MELALUI WHATSAPP

STANDARD

1 JAM SESI RAWATAN

RM 130
  • Pemeriksaan
  • Rawatan
  • Konsultasi
  • Preskripsi Senaman

PROMOSI KHAS

Klik butang di bawah untuk sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi istimewa yang dijalankan bermusim.

PERLUKAN BANTUAN?

Terus klik butang di bawah untuk hubungi kami.

WAKTU OPERASI

SETIAP HARI

Sabtu – Khamis: 9.00 am – 6.00 pm

SESI MALAM

Isnin – Rabu: 8.00 pm – 10.00 pm

Jumaat: TUTUP

HUBUNGI KAMI: 014-9101310