TORTICOLLIS

Torticollis: Punca, Simptom dan Rawatan Fisioterapi

Tortikolis bermaksud masalah dimana berlaku teleng kepala atau senget kepala yang disebabkan oleh posisi kepala dan leher yang tidak normal dan tidak simetri. Kondisi ini terjadi disebakan oleh pemendekkan otot sternocledomastoid. Oleh itu dagu akan menghadap ke sebelah bahu pada sisi otot sternocleidomatoid yang pendek. Bahagian belakang kepala pula akan berpusing kearah yang bertentangan.

Congenital malformation adalah masalah yang berlaku pada tulang leher (cervical) sejak lahir dan masalah ini juga menjadi salah satu punca berlakunya congenital torticollis.

Tortikolis juga boleh berlaku sejak di dalam rahim lagi. Hal ini disebabkan oleh kepadatan kedudukan dalam janin atau posisi yang tidak normal (seperti dalam kedudukan songsang, dimana punggung bayi menghadap saluran kelahiran bayi). 

Infant torticollis atau congenital muscular torticollis pula terjadi disebabkan oleh penggunaan forcep atau vakum dalam proses kelahiran bayi.

Kekerapan Berlakunya Torticolis

Torticollis kebiasaanya berlaku kepada bayi yang baru lahir iaitu berusis 3 bulan. Peratusan berlakunya toricolis ini adalah sama bagi lelaki dan perempuan.

Tanda – tanda Torticolis

1. Pergerakan :

  • Memusingkan kepala ke satu arah sahaja
  • Lebih suka melihat dengan turut memusingkan bahu
  • Menghadapi kesukaran semasa menyusu badan (lebih suka menyusu pada satu belah payudara sahaja)
  • Berusaha untuk menoleh ke arah anda dan akan berputus asa apabila tidak dapat menoleh
    kepala sepenuhnya.

2. Kepala yang leper (positional plagiocephaly) akan terjadi pada sesetengah bayi tortikolis disebabkan bayi hanya baring pada satu belah arah sahaja pada setiap masa.
3. Kemungkinan akan adanya satu ketulan atau bonggolan seperti simpul pada paras sama dengan rahang.
4. Pergerakan bayi akan terbatas apabila bayi mengalami sakit leher dan ketegangan pada pergerakkan leher.

Rawatan Fisioterapi

Rawatan fisioterapi harus dimulakan secepat mungkin semenjak bayi lagi kerana akan lebih sukar untuk merawat dan melakukan regangan untuk kanak-kanak dewasa yang mempunyai kekejangan otot sternocledomastoid dan tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi.

Ahli fisioterapi akan memeriksa kondisi kanak- kanak tersebut dan senaman yang betul akan diberikan bagi meregangkan otot sternocleidamastoid yang terlibat.

 Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

  1. Regangan pasif
  2. Membantu pergerakan leher dan kepala.
  3. Senaman untuk meningkatkan keseimbangan otot.
  4. Nasihat mengenai posisi dan postur kepada ibu bapa.
  5. Mengajar ibu bapa mengenai senaman yang berkaitan supaya dapat dilakukan di rumah.
  6. Penggunaan haba untuk mengurangkan kekejangan otot (disarankan untuk kanak-kanak dewasa sahaja)
  7. Penggunaan kolar leher sekiranya perlu (disarankan untuk kanak- kanak dewasa sahaja).
  8. Play Therapy

Senaman regangan haruslah dilakukan secara perlahan dan lembut dimana ianya tidak akan menyebabkan kesakitan. Disarankan untuk melakukan senaman 1 jam selepas penyusuan. Diingatkan bahawa kebiasaannya bayi akan menangis kerana latihan senaman ini akan meletakkan lehernya kepada satu posisi yang tidak normal dan tidak selesa untuk bayi tersebut.

Senaman Di Rumah

  1. Bermain atau berinteraksi dengan kanak-kanak untuk menoleh kepalanya ke satu arah atau kedua dua arah supaya dapat melonggarkan otot leher yang ketat dan menguatkan otot leher yang lemah.
  2. Sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak pada kedua-dua sisi.
  3. Bermain dengan kanak-kanak untuk mengerakkan kepalanya kedua-dua arah.
  4. Semasa penyusuan, posisikan botol atau payudara pada posisi bertentangan dengan arah / posisi kegemarannya untuk menggalakkan bayi menoleh ke arah yang sepatutnya bagi tujuan meregangkan dan menguatkan otot leher.
  5. Bermain dengan barang permainan pada arah / posisi yang bertentangan dengan posisi kegemarannya supaya bayi menoleh kedua-dua belah arah.
  6. Terapi permainan
  7. Elakkan daripada posisi kepala bayi berada pada satu arah sahaja dalam jangka masa yang lama dan sentiasa memerhati posisi bayi sewaktu tidur dan sewaktu rehat. Cuba menarik perhatiannya untuk menoleh pada kedua-dua arah.

Adakah Tortikolis boleh pulih?

Kajian menunjukkan bahawa kondisi tortikolis boleh pulih dengan rawatan yang betul, latihan regangan, pembetulan posisi leher dan latihan kekuatan otot.

Sekiranya pembetulan posisi dan senaman dilakukan secara betul setiap hari, kebiasaannya kondisi ini akan pulih dalam tempoh 1 tahun.

Sekiranya kondisi bayi tidak pulih dalam tempoh masa yang ditetapkan, rawatan pembedahan akan disarankan oleh doktor untuk meregangkan dan melembutkan otot yang ketat dan tegang.

Langkah pencegahan

Perhati posisi kepala bayi anda setiap hari. Sekiranya didapati posisi kepala tidak normal dan tidak simetri, sila rujuk mana-mana Pegawai Perubatan dengan segera.

Kondisi ini dapat dipulihkan dengan segera dan efektif sekiranya ia dikenalpasti dengan lebih awal lagi.

Kenapa Tortikolis perlu dipulihkan / dirawat?

Adalah sangat penting untuk merawat Tortikolis kerana:

  • Ia akan mengelakkan daripada berlakunya pemendekkan otot secara kekal. Kita juga dapat melihat torticollis dewasa sekiranya tidak dirawat dengan awal.
  • Mengelakkan daripada melakukan rawatan pembedahan.
  • Mengurangkan sakit leher.
  • Mengelakkan komplikasi kedua seperti delayed development motor skills dan plagiocephaly

5 SEBAB MEREKA MEMILIH IFIX PHYSIOTHERAPY

GALERI FOTO TESTIMONI

lokasi kami:

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial