Anda terseliuh kaki? Tak tahu apa yang perlu buat jika kaki terseliuh? Jangan risau! Kaki terseliuh ni perkara biasa yang terjadi, lebih lagi bagi orang yang kerap bersukan. Kadang-kadang tersalah langkah juga boleh membuat kita terseliuh kaki.
Apabila kaki terseliuh, ligamen dan otot di bahagian pergelangan kaki kemungkinan terkoyak dan radang dan ini akan selalunya menyababkan pergelangan kaki anda bengkak dan lebam. Terseliuh kaki mungkin penyakit yang tidak berapa serious tetapi jika dibiar lama tanpa rawatan yang betul, ia akan menyebabkan sakit yang serious.