TENTANG IFIX PHYSIOTHERAPY

IFIX Physiotherapy merupakan pilihan utama masyarakat Nilai untuk mendapatkan rawatan bagi masalah-masalah yang melibatkan bahagian otot, saraf, sendi dan lain-lain. 

Bermula nya dengan hanya menyediakan servis fisioterapi ke rumah, kini kami berjaya membuka pusat pertama yang bertempat di Delfina, Nilai Impian. Selain daripada rawatan di pusat kami masih lagi menyediakan servis rawatan ke rumah. Ia bagi memudahkan dan meringankan pesakit yang mengalami kesukaran untuk bergerak ke pusat kami.

Rawatan kami berfokus pada rawatan manual terapi yang berasaskan teori dan kajian saintifik Manual terapi ini juga popular di negara-negara luar. Pelbagai kajian telah dilakukan dimana ia jelas menekankan tentang keberkesanan rawatan manual terapi ini.

Team IFIX Physiotherapy terdiri daripada Fisioterapi berkelulusan IJAZAH SARJANA MUDA dan sangat komited merawat pesakit-pesakit mereka. Dan yang lebih istimewa mereka juga berpengalaman luas merawat pelbagai masalah tanpa mengira usia.


Antaranya adalah sakit belakang, sakit pinggang, slip disc, sakit bahu, sakit leher, sakit lutut,  patah, sakit pergelangan kaki dan tangan, masalah tapak kaki dan sebagainya

Disamping itu, kami juga menyediakan solusi  kecederaan sukan, kes-kes berkaitan warga emas atau sakit tua, dan juga kes-kes yang melibatkan masalah bayi dan kanak-kanak.

Kami sentiasa bersedia membantu menyelesaikan masalah yang dialami oleh anda supaya anda kembali ke tahap fungsi fizikal yang tertinggi disamping mengurangkan masalah sakit anda sejurus dengan tema IFIX Physiotherapy

“Where Healing Begins”

IFIX Physiotherapy

VISI IFIX

Menjadi Pusat Fisioterapi berprestij dan mesra pelanggan yang diiktiraf bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global

MISI IFIX

  • Membantu sebaiknya setiap daripada pesakit mencapai tahap potensi kesihatan fizikal yang maksima
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan Fisioterapi yang komprehensif dan holistik setaraf dengan peringkat global
  • Menerapkan budaya mesra pelanggan dan memberikan 100% komitmen dalam merawat setiap individu
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial