TENTANG KAMI
TENTANG IFIX PHYSIOTHERAPY
IFIX Physiotherapy merupakan pilihan utama masyarakat Nilai dan Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan bagi masalah-masalah yang melibatkan bahagian otot, saraf, sendi dan lain-lain.
Bermulanya dengan hanya menyediakan servis fisioterapi ke rumah, kini kami berjaya membuka pusat pertama yang bertempat di Nilai Impian, Nilai dan seterusnya cawangan kedua di Setia Tropika, Johor Bahru. Selain daripada rawatan di pusat kami masih lagi menyediakan servis rawatan ke rumah. Ia bagi memudahkan dan meringankan pesakit yang mengalami kesukaran untuk bergerak ke pusat kami.
Rawatan kami berfokus pada rawatan manual terapi yang berasaskan teori dan kajian saintifik Manual terapi ini juga popular di negara-negara luar. Pelbagai kajian telah dilakukan dimana ia jelas menekankan tentang keberkesanan rawatan manual terapi ini.
Team IFIX Physiotherapy terdiri daripada Fisioterapi yang berkelulusan sama ada diploma mahupun ijazah sarjana muda dan sangat komited merawat pesakit-pesakit mereka. Dan yang lebih istimewa mereka juga berpengalaman luas dalam merawat pelbagai masalah tanpa mengira usia.
Antaranya adalah sakit belakang, sakit pinggang, slip disc, sakit bahu, sakit leher, sakit lutut, patah, sakit pergelangan kaki dan tangan, masalah tapak kaki dan sebagainya
Disamping itu, kami juga menyediakan solusi kecederaan sukan, kes-kes berkaitan warga emas atau sakit tua, dan juga kes-kes yang melibatkan masalah bayi dan kanak-kanak.
Kami sentiasa bersedia membantu menyelesaikan masalah yang dialami oleh anda supaya anda kembali ke tahap fungsi fizikal yang tertinggi disamping mengurangkan masalah sakit anda sejurus dengan tema IFIX Physiotherapy
“Where Healing Begins”
IFIX Physiotherapy
VISI IFIX
Menjadi pusat fisioterapi berprestij dan mesra pelanggan yang diiktiraf bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global
MISI IFIX
- Membantu sebaiknya setiap daripada pesakit mencapai tahap potensi kesihatan fizikal yang maksima
- Menyediakan perkhidmatan rawatan fisioterapi yang komprehensif dan holistik setaraf dengan peringkat global
- Menerapkan budaya mesra pelanggan dan memberikan 100% komitmen dalam merawat setiap individu