STROK

Strok: Punca, Simptom dan Rawatan Fisioterapi

Stroke/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. 

Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Stroke/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Stroke/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.

Faktor Risiko Strok/ Angin Ahmar

Faktor risiko penyumbang kepada stroke/angin ahmar yang tidak boleh diubahsuai adalah:

  • Umur – peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.
  • Jantina Lelaki – lebih berisiko tinggi dari wanita.
  • Sejarah keluarga – Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)

Faktor risiko yang boleh diubahsuai untuk anda mendapat strok/angin ahmar adalah:

  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolesterol tinggi
  • Merokok
  • Berat badan yang berlebihan
  • Cara hidup tidak aktif (sedentari)
  • Tekanan/stress
  • Pemakanan – kurang serat dan tinggi lemak
  • Minuman keras – minum minuman keras yang berlebihan

Bagaimana saya tahu yang saya diserang strok/angin ahmar?

Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala strok/angin ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran. Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.

Apakah gejala strok/angin ahmar?

Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:

  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
  • Sukar menelan

Apakah jenis-jenis strok/angin ahmar?

Terdapat 2 jenis utama strok/angin ahmar:

  1. Thrombotic/ischaemic stroke
    • Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat.
  2. Haemorrhagic stroke
    • Ini berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah

Cara mudah mengetahui anda mengalami strok

FAST adalah cara mudah mengenal pasti strok pada diri seseorang.
Face = muka (kelihatan sebahagian muka tidak bergerak atau jatuh ketika senyum)
Arm = tangan atau kaki (mempunyai masalah utk menggerakkan tangan atau kaki serta terasa berat)
Speech = percakapan (percakapan tidak jelas dan sukar utk bercakap)
Time = masa (sekiranya tanda-tanda ini kelihatan, segera hubungi pihak hospital dan rekod masa bila tanda-tanda ini mula berlaku)

Fisioterapi berperanan dalam mengembalikan semula kefungsian anggota badan yang terlibat. Kajian menunjukkan bahawa, masa rawatan yang terbaik bagi pesakit strok adalah dari hari pesakit diserang strok sehingga ke 6 bulan.

Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

Antara rawatan yang dijalankan oleh anggota fisioterapi adalah:

1. Senaman regangan kepada anggota badan yang terlibat
2. Joint Approximation untuk mengembalikan deria rasa pada bahagian yang terlibat
3. Baring terlentang kepada baring mengiring
4. Baring mengiring kepada duduk
5. Duduk kepada berdiri
6. Keseimbangan ketika duduk dan berdiri
7. Berjalan menggunakan tongkat sehingga berjalan tanpa menggunakan tongkat.
8. Koordinasi
9. Fine movement atau pergerakan halus

Setiap pesakit perlulah diperiksa terlebih dahulu oleh anggota fisioterapi sebelum rawatan dijalankan bagi mengetahui kondisi pesakit dan jenis rawatan yang akan diberikan mengikut kepada kondisi pesakit tersebut.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial