Terseliuh Kaki (Ankle Sprain)

Antara fungsi pergelangan kaki ialah dapat mengimbangi berat badan, mengawal pergerakan membawa beban serta tekanan dari atas tubuh.

Sebagaimana kita tahu, pergelangan kaki dan lutut kerap berlaku kecederaan dikalangan ahli sukan. Kira-kira 20% daripada kecederaan dikalangan ahli sukan melibatkan pergelangan sendi. Paling biasa kita terdengar ialah keluhan mengenai otot sekeliling yang lemah. Buku lali sering bekerja keras dan terbeban menyebabkan ligament dibahagian ini menjadi lemah. Namun itu bukan punca sebenar kerana semua orang pasti menggunakannya.

Apa yang membuatkan ia bermasalah?

Sekiranya posture tubuh kita sendiri tidak stabil, maka terjejaslah ketahanan. Kebiasaannya masalah ini disebabkan sebelah sisi tubuh teralih ke belakang dan sebelah sisi lagi maju ke hadapan seperti tubuh dipintal (twist) menyebabkan buku lali menjadi lemah untuk menyokong beban yang tidak seimbang.

Pergelangan kaki terseliuh (Ankle Sprains)

Pergelangan kaki yang terseliuh atau lebih dikenali ankle sprains merujuk kepada ligamen yang ada di pergelangan kaki terkoyak atau tercedera. Kondisi ini biasa berlaku bila keadaan berulang dalam kadar tinggi, dan akibat mendarat dari tempat yang tinggi dan tidak rata. Kejadian terseliuh kaki melibatkan keseluruhan kecederaan sendi kaki dan ligamen sisi lateral (bahagian tepi luar).

Kecederaan ini merangkumi 25% daripada semua kecederaan yang berkaitan dengan sukan. Risiko boleh meningkat jika individu mempunyai berat badan berlebihan dan kurang aktif secara fizikal. Mereka yang jarang bersukan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi. Ligamen sisi lateral lebih terlibat, diikuti ligament sisi medial.

Terseliuh buku lali selalunya dirawat secara konservatif (tanpa pembedahan).

Tanda-tanda terseliuh pergelangan kaki:

  • Terkoyak pada masa kecederaan.
  • Kesakitan berlaku semasa kecederaan dan selepas, apabila berjalan atau menggerakan buku lali.
  • Kulit di sekitar lebam dan bertukar warna.
  • Dengan kecederaan yang teruk, sakit melampau menjadikan berat dan pergerakan keras.
  • Rasa kebas di kaki mungkin bermakna saraf atau saluran darah mengalami kerosakan.

Ada beberapa tanda-tanda tidak disenaraikan di atas. Perlu berjumpa dengan pegawai perubatan atau doktor untuk memeriksa kondisi tersebut.

RAWATAN FISIOTERAPI:

Terseliuh di pergelangan kaki perlu dirawat secepat mungkin selepas berlaku kecederaan.

  • Letakkan ais (icepack) segera,kerana bengkak terjadi dengan cepat. Jika dibiarkan selama 72 jam,kecederaan akan jadi makin serius.
  • Menggunakan tongkat untuk beri minima berat badan ke kaki.
  • Berjalan secara minima.

Rawatan fisioterapi membantu untuk menguatkan otot, mengurangkan sakit sendi dan mencapai pergerakan yang penuh (full range of motion).

Segera rujuk doktor atau pakar

Dinasihatkan untuk segara berjumpa dengan pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami tanda dan gejala seperti yang disebutkan.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu 18:00 – 20:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.