Senaman Ringkas Dan Mudah Yang Berkesan Untuk Bell’s Palsy

Apakah itu Bell’s Palsy :

  • Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak. Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf.
  • Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.
  • Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Ia paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun. Faktor penyebabnya masih kurang jelas.
  • Walau bagaimanapun kebanyakan kes adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan virus. Majoriti pesakit pulih dalam tempoh 2-3 bulan. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.

Antara gejala yang boleh dikesan ialah:

  • Jatuh satu mata dan satu sudut mulut (senget).
  • Satu mata yang tidak ditutup sepenuhnya.

Kami akan tunjukkan beberapa senaman untuk bell’s palsy:

5 senaman untuk bell’s palsy:

1.Angkat kedua dua kening.

  • Angkat kedua dua kening dekat atas.
  • Tahan selama 10 saat dan ulang sebanyak 10 kali.

2.Pejamkan mata.

  • Pejamkan mata anda serapat yang mungkin.
  • Tahan selama 8-10 saat dan ulang 10 kali.

3.Muncungkan mulut.

  • Muncungkan mulut seperti meniup lilin tahan selama 10 saat.
  • Ulang 10 kali.

4.Kerutkan hidung

  • Kerutkan hidung anda sambil menarik nafas panjang melalui hidung.
  • Hembus melalui mulut.
  • Ulang sebanyak 10 kali.

5. Senyum dan tunjuk gigi.

  • Senyum sampai nampak gigi.
  • Tahan selama 8-10 saat dan ulang sebanyak 10kali.

Segera rujuk doktor atau pakar 

Dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan fisioterapi atau pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami kecederaan atau sesak nafas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial