Sakit Tapak Kaki: Punca, Simptom dan Rawatan Fisioterapi

Sakit tapak kaki adalah antara masalah yang sering kita dengar berlaku pada ramai orang. Sakit tapak kaki ini akan berlaku kepada hampir setiap orang sekurang kurangnya sekali seumur hidup.

Oleh itu, sebaiknya kita perlu tahu sebaiknya punca dan cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Ketika berjalan, berdiri atau berlari, tapak kaki merupakan kawasan yang akan tampung keseluruhan berat badan kita. Oleh itu, kawasan tersebut merupakan kawasan yang sangat terdedah dengan kecederaan akan kerana kawasan tersebut kerap menerima tekanan yang tinggi daripada badan.

Sakit tapak kaki ini bukan sahaja dialami pada bahagian tapak sahaja malah bahagian tapak jari atau kawasan tumit.

“Plantar Fasciitis” merupakan antara penyebab utama masalah sakit tapak kaki/ tumit. Tapi bukan semuanya sakit tumit itu adalah plantar fasciitis.

“Plantar fasciitis” berlaku akibat daripada keradangan pada tissu yang dikenali sebagai fascia yang menghubungkan tumit dengan jari-jari kaki.

Symptom utamanya ialah sakit yang menyucuk di tapak kaki, terutamanya tumit. Sakit ini sangat kuat pada waktu pagi ketika bangkit daripada tidur dan berkurangan sedikit demi sedikit menjelang petang.

Punca Masalah Pada Tapak Kaki

Gaya hidup

  1. Aktif Bersukan: Atlet atau ahli sukan berisiko tinggi mendapat masalah sakit pada tapak kaki. Hal ini disebabkan oleh aktiviti mereka yang memerlukan kepada daya yang tinggi. Risiko akan bertambah jika bersukan dan tidak melalukan panas badan dan senaman regangan yang secukupnya.
  2. Penggunaan Kasut yang tidak sesuai: Tekanan yang tidak sama rata pada tapak kaki akan meningkatkan keberangkalian utk mengalami masalah ini. Pemakaian kasut tumit juga akan meningkatkan risiko tersebut disebabkan oleh takanan pada bahagian depan tapak kaki.

Berat Badan

  • Obesiti
  • Mengandung

Penyakit- penyakit lain

  • Kematu
  • ketuat
  • Gout

Simptom Plantar Fascitis

  1. Rasa mencucuk pada bahagian tapak kaki sewaktu berjalan sama ada pada bahagian tumit, tapak kaki mahupun kawasan jari.
  2. Sakit tersebut akan bertambah sakit pada waktu pagi, sebaik sahaja bangun dari tidur. Ataupon sewaktu langkah pertama untuk berjalan.
  3. Rasa sakit apabila disentuh bahagian tissu tapak kaki dengan kuat 
  4. Sakit boleh turut dirasai apabila melakukan regangan pada tisu tapak kaki.

Rawatan yang boleh dibuat dirumah

Masalah ini boleh dirawat di rumah jika tidak serius. Malah kebanyakan daripada kes ini baik dengan hanya melakukan perkara perkara dibawah.

Bagi rawatan dirumah, pesakit boleh mencuba:

  • Letak ais pada tapak kaki
  • Mengambil ubat tahan sakit di farmasi
  • Tukar insole pada kasut anda
  • Kurangkan berjalan ataupun bersukan ketika sakit

Rawatan Fisioterapi

Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

  1. Pemeriksaan rapi oleh anggota terapi
  2. Rawatan Manual
  3. Soft Tissue Manipulation
  4. Myofascia Release
  5. Joint Mobilization
  6. Mulligan technique
  7. Senaman regangan
  8. Senaman menguatkan otot
  9. Pembetulan postur

5 SEBAB MEREKA MEMILIH IFIX PHYSIOTHERAPY

GALERI FOTO TESTIMONI

lokasi kami:

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial