SAKIT LUTUT: PUNCA, SIMPTOM DAN RAWATAN FISIOTERAPI

Sakit lutut merupakan perkara biasa yang boleh berlaku pada semua peringkat umur dimana secara langsung akan mengganggu rutin harian seseorang. Terdapat pelbagai faktor atau punca yang boleh menyebabkan sakit pada bahagian lutut ini.

Antaranya, mungkin disebabkan oleh faktor trauma samaada disebabkan oleh sukan, eksiden, jatuh dan lain- lain ataupon masalah arthritis, gout dan jangkitan kuman pada sendi lutut juga boleh juga menyebabkan sakit lutut.

PUNCA SAKIT LUTUT

Sakit lutut boleh terjadi disebabkan oleh trauma yang berlaku pada lutut dimana berlakunya kecederaan pada lutut,

1. Kecederaan lutut

Kecederaan pada lutut boleh berlaku sewaktu melakukan aktiviti sukan atau disebabkan oleh kemalangan. Perkara-perkara ini boleh menyebabkan kecederaan pada ligamen, tendon dan juga bursae struktur yang terletak pada sendi bahagian lutut.

Berikut merupakan kecederaan yang kerap dialami apabila terlibat dalam sukan ataupon insiden yang melibatkan bahagian lutut:

  • Kecederaan ‘anterior cruciate ligament'(ACL). Anterior cruciate ligament merupakan salah satu ligamen yang menyambungkan tulang peha dan tulang betis. Kecederaan ACL ini kerap berlaku di dalam sukan dimana ia boleh berlaku sewaktu twisting, landing dan juga bertukar arah.
  • Tulang patah ataupun retak. Tulang lutut termasuk juga tempurung lutut boleh mengalami keretakan ketika berlakunya kemalangan jalan raya.
  • Koyakan pada tisu meniscus. Tisu meniscus adalah tisu rawan yang terletak dalam sendi lutut yang berfungsi untuk melancarkan pergerakan sendi. Tisu ini juga boleh mengalami koyakkan ketika melakukan aktiviti sukan.
  • Keradangan tendon. Tendon merupakan tisu yang bersambung daripada tulang kepada otot. Sukan seperti larian, berbasikal dan melompat biasanya akan memberikan tekanan yang lebih kepada tendon tersebut. Kesannya, keradangan akan berlaku pada tendon dan akan menyebabkan kesakitan pada lutut.

2. Masalah mekanikal

Berikut merupakan beberapa jenis masalah mekanikal yang boleh menyebabkan sakit lutut berlaku:

  • ‘Patella Dislocation’ atau tempurung lutut terkeluar daripada lokasinya.
  • Obesiti atau berat badan yang berlebihan akan menyebabkan tekanan yang tinggi pada lutut dan ia akan meningkatkan lagi kebarangkalian kecederaan.

3. Radang sendi(arthritis)

Pelbagai jenis ‘arthritis’ yang boleh menyebabkan lutut menjadi sakit. Antaranya seperti:

  • Osteoarthritis – Mereka yang sudah berumur selalu mengalami keradangan sendi osteoarthritis. Disebabkan faktor usia yang semakin meningkat, cecair synovial akan menjadi semakin berkurangan dan tisu rawan pada lutut juga semakin terhakis. Geseran tulang bersama-sama dengan tisu sekeliling akan berlaku dan menyebabkan kerosakkan di kawasan tersebut. Akibatnya, lutut akan mengalami keradangan yang akhirnya membawa kepada kesakitan.
  • Rheumatoid arthritis
  • Gout
  • Septic arthritis – Disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam sendi tersebut.

4. Gaya Hidup

  • Obesiti atau berat badan berlebihan
  • Kurang bersenam: Kurang aktif akan menyebabkan bahagian otot tidak kuat dan ia akan menyebabkan kecederaan untuk berlaku dengan lebih mudah. Selain itu, main sukan secara tiba-tiba kawasan lutut atau kawasan sendi lain akan mudah mengalami kecederaan. Keadaan ini berlaku kerana kemampuan kekuatan otot tersebut tidak sesuai dengan aktiviti yang dilakukan dan ia tidak mampu menstabilkan sendi ketika melakukan aktiviti
  • Beberapa jenis sukan berisiko: Terdapat beberapa jenis sukan tertentu yang membawa kepada risiko kecederaan lutut iaitu seperti futsal, bola sepak, bola keranjang dan beberapa jenis sukan yang lain.
  • Mempunyai sejarah kecederaan lutut: Risiko untuk mendapat kecederaan lutut adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai sejarah kecederaan lutut pada masa lalu

SIMPTOM-SIMPTOM SAKIT LUTUT

    1. Bengkak dan kaku pada sendi.
    2. Kemerahan dan kehangatan/panas apabila disentuh.
    3. Bunyi ‘pop’ pada sendi lutut.
    4. Ketidakupayaan untuk meluruskan lutut sepenuhnya.
    5. Tidak boleh menanggung berat badan pada lutut atau merasa seolah-olah lutut tidak stabil.
    6. Kekurangan julat pergerakan sendi lutut.
    7. Kecacatan jelas di kaki atau lutut.
    8. Sakit lutut yang teruk apabila berlaku kecederaan.

RAWATAN FISIOTERAPI

Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

  1. Pemeriksaan akan dijalankan dahulu sebelum rawatan diberikan
  2. Mengurangkan sakit pada bahagian yang terlibat menggunakan modalitis atau terapi manual
  3. Myofascia Release / Soft Tissue Manipulation
  4. Joint Mobilization
  5. Mobilization With Movement
  6. Hidroterapi
  7. Mulligan Technique
  8. Manual Traction
  9. Senaman regangan
  10. Senaman menguatkan semula otot yang terlibat.
  11. Senaman keseimbangan dan ‘agility’

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu (Temujanji Sahaja) 20:00 – 22:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (Customer Service)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jalan Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

CAWANGAN MELAKA:

No 46, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Peringgit, Melaka.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.