WHATSAPP KAMI

SAKIT LEHER: PUNCA, SIMPTOM DAN RAWATAN FISIOTERAPI

Sakit leher merupakan antara masalah yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat.  Sakit tengkuk adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan juga boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka.

Kebiasaanya ia disebabkan oleh kecederaan yang berlaku pada struktur leher itu sendiri. Antaranya berpunca daripada otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura. Dimana struktur ini yang memberi sokongan dan juga kefunsian pada bahagian leher.

Faktor utama yang menyebabkan masalah pada struktur leher adalah disebabkan oleh postur badan. Postur yang tidak baik ini yang akan memberi impak dan tekanan yang tinggi pada leher.

Selalunya sakit leher tidak disebabkan oleh masalah yang serius. Tetapi jika ianya terlalu sakit, berlaku secara berpanjangan dan mempunyai simptom-simptom lain, pesakit perlulah dibawa pergi ke hospital dengan segera.

PUNCA SAKIT LEHER

Antara punca yang boleh mengakibatkan masalah sakit leher:

1) Ketegangan otot

Ia selalunya disebabkan oleh aktiviti harian

  • Postur badan yang tidak betul ketika berdiri, duduk, tidur dan lain lain.
  • Duduk setempat yang terlalu lama terutama ketika bekerja dimeja tanpa megubah posisi.
  • Tidur dengan posisi yang salah
  • Menghadap komputer atau phone dalam waktu yang lama.

2) Kecederaan

Struktur di kawasan leher mudah untuk cedera terutama ketika terjatuh, eksiden atau kecederaan sewaktu bersukan. kebanayakan dariada kes yang melibatkan accident kecederaan tersebut dipanggil sebagai. whiplash. Jika struktur seperti tulang, ligamen dan juga otot tercedera, ia akan menyebabkan kawasan leher menjadi sakit.

Dalam kes yang lebih teruk, seperti kecederaan seperti patah sehingga menyebabkan kecederaan pada saraf tunjang ia boleh mengakibatkan lumpuh dan kematian.

3) Serangan sakit jantung

Sakit leher juga boleh menjadi salah satu tanda serangan sakit jantung. Tetapi selalunya pesakit juga akan mempunyai simptom yang lain seperti:

  • Banyak berpeluh
  • Sesak nafas
  • Loya dan muntah
  • Sakit tangan pada belah kiri dan juga sakit dagu

4) Meningitis

Meningitis adalah jangkitan kuman pada selaput otak. Mereka yang mengalami jangkitan kuman ini selalunya akan mengalami demam, sakit kepala dan juga sakit leher. Lehernya seolah-olah keras. Jika kita cuba untuk membengkokkannya, pesakit akan menjerit kesakitan.

5) Slip Disc

Masalah ini berlaku apabila ruas atau disc tulang belakang(intervertebral disc) terkeluar/teralih daripada tempatnya. Hal ini disebabkan oleh lapisan luar kapsul untuk ruas tulang belakang itu koyak. Hal yang akan menyebabkan bahagian dalam ruas tersebut terkeluar dan membentuk benjolan lalu ia akan menghimpit pada bahagian saraf pada kawasan tersebut.

Hal ini akan mengakibatkan sakit pada kawasan tersebut malah ia akan menjalar ke arah kawasan yang terbabit dengan saraf tersebut antaranya pada bahagian bahu dan lengan.

6) Spondylosis

Apabila kita meningkat usia, akan berlaku proses penuaan pada ruas tulang belakang. Hal ini akan menyebabkan isipadu ruas tulang belakang semakin berkurangan  dan akan menyebabkan fungsinya untuk menyerap hentakan semakin berkurangan.

Ini akan mnyebabkan pergeseran berlaku antara tulang tersebut dan ia akan menyebabkan kesakitan pada kawasan tersebut.

7) Penyebab lain

Terdapat juga penyebab-penyebab lain seperti:

  • Rheumatoid arthritis
  • Osteoporosis – Tulang rapuh
  • Fibromyalgia – keadaan dimana otot menjadi sakit pada keseluruhan badan
  • Systemic lupus erythematosus

SIMPTOM-SIMPTOM SAKIT LEHER

  1. Ketegangan/ kekerasan otot leher sewaktu melakukan pergerakan leher
  2. Kekurangan julat pergerakan sendi leher
  3. Kesakitan sendi leher
  4. Sakit di bahagian belakang kepala/leher
  5. Sakit di bahagian torasik, bahu, dan/atau rahang
  6.  Untuk beberapa kes sakit leher tersebut boleh membawa kepada masalah pening kepala.

RAWATAN FISIOTERAPI

Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

  1. Soft Tissue Manipulation.
  2. Myofascia Release.
  3. Joint Mobilization.
  4. Mobilization With Movement.
  5. Traction.
  6. TENS.
  7. Hot / Cold pack.
  8. Deep Tissue Release.
  9. Senaman Regangan.
  10. Senaman kuatkan otot.
  11. Pembetulan Postur.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu 18:00 – 20:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

Video testimoni
0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.

TEMPAH TEMUJANJI