SAKIT LEHER: PUNCA, SIMPTOM DAN RAWATAN FISIOTERAPI
Sakit leher merupakan antara masalah yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat. Sakit tengkuk adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan juga boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka.
Kebiasaanya ia disebabkan oleh kecederaan yang berlaku pada struktur leher itu sendiri. Antaranya berpunca daripada otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura. Dimana struktur ini yang memberi sokongan dan juga kefunsian pada bahagian leher.
Faktor utama yang menyebabkan masalah pada struktur leher adalah disebabkan oleh postur badan. Postur yang tidak baik ini yang akan memberi impak dan tekanan yang tinggi pada leher.
Selalunya sakit leher tidak disebabkan oleh masalah yang serius. Tetapi jika ianya terlalu sakit, berlaku secara berpanjangan dan mempunyai simptom-simptom lain, pesakit perlulah dibawa pergi ke hospital dengan segera.
PUNCA SAKIT LEHER
Antara punca yang boleh mengakibatkan masalah sakit leher:
1) Ketegangan otot
Ia selalunya disebabkan oleh aktiviti harian
- Postur badan yang tidak betul ketika berdiri, duduk, tidur dan lain lain.
- Duduk setempat yang terlalu lama terutama ketika bekerja dimeja tanpa megubah posisi.
- Tidur dengan posisi yang salah
- Menghadap komputer atau phone dalam waktu yang lama.
2) Kecederaan
Struktur di kawasan leher mudah untuk cedera terutama ketika terjatuh, eksiden atau kecederaan sewaktu bersukan. kebanayakan dariada kes yang melibatkan accident kecederaan tersebut dipanggil sebagai. whiplash. Jika struktur seperti tulang, ligamen dan juga otot tercedera, ia akan menyebabkan kawasan leher menjadi sakit.
Dalam kes yang lebih teruk, seperti kecederaan seperti patah sehingga menyebabkan kecederaan pada saraf tunjang ia boleh mengakibatkan lumpuh dan kematian.
3) Serangan sakit jantung
Sakit leher juga boleh menjadi salah satu tanda serangan sakit jantung. Tetapi selalunya pesakit juga akan mempunyai simptom yang lain seperti:
- Banyak berpeluh
- Sesak nafas
- Loya dan muntah
- Sakit tangan pada belah kiri dan juga sakit dagu
4) Meningitis
Meningitis adalah jangkitan kuman pada selaput otak. Mereka yang mengalami jangkitan kuman ini selalunya akan mengalami demam, sakit kepala dan juga sakit leher. Lehernya seolah-olah keras. Jika kita cuba untuk membengkokkannya, pesakit akan menjerit kesakitan.
5) Slip Disc
Masalah ini berlaku apabila ruas atau disc tulang belakang(intervertebral disc) terkeluar/teralih daripada tempatnya. Hal ini disebabkan oleh lapisan luar kapsul untuk ruas tulang belakang itu koyak. Hal yang akan menyebabkan bahagian dalam ruas tersebut terkeluar dan membentuk benjolan lalu ia akan menghimpit pada bahagian saraf pada kawasan tersebut.
Hal ini akan mengakibatkan sakit pada kawasan tersebut malah ia akan menjalar ke arah kawasan yang terbabit dengan saraf tersebut antaranya pada bahagian bahu dan lengan.
6) Spondylosis
Apabila kita meningkat usia, akan berlaku proses penuaan pada ruas tulang belakang. Hal ini akan menyebabkan isipadu ruas tulang belakang semakin berkurangan dan akan menyebabkan fungsinya untuk menyerap hentakan semakin berkurangan.
Ini akan mnyebabkan pergeseran berlaku antara tulang tersebut dan ia akan menyebabkan kesakitan pada kawasan tersebut.
KELEBIHAN KAMI
MERAWAT MENGIKUT JANTINA
RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA
KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH
PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK
KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA
WAKTU OPERASI
Sabtu – Khamis | 9:00 – 18:00 |
Isnin – Rabu (Temujanji Sahaja) | 20:00 – 22:00 |
Jumaat | TUTUP |
014-910 1310 (Customer Service)
LOKASI KAMI
CAWANGAN NILAI:
No. 3G, Jalan Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
CAWANGAN JOHOR BAHRU:
No. 26, Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.
CAWANGAN MELAKA:
No 46, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Peringgit, Melaka.
