tempah temujanji sekarang!

SAKIT BELAKANG

Sakit Belakang: Punca, Simptom dan Rawatan Fisioterapi

Sakit Belakang merupakan masalah yang kerap berlaku dalam setiap masyarakat. Rekod mencatatkan bahawa sebanyak 80% daripada masyarakat akan, sedang dan pernah mengalami sakit belakang. Sakit belakang adalah masalah yang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan. kebiasaanya di bahagian bawah belakang badan.

Punca Sakit Belakang

Antara punca utama masalah sakit belakang adalah disebabkan oleh postur badan sewaktu menjalani aktiviti harian. Tidak kira waktu duduk, berdiri, mengangkat barang dan lain-lain.

Postur yang salah boleh menyebabkan otot untuk menjadi tegang ataupon lemah pada beberapa bahagian. Hal ini akan menyebabkan tinggi kebarangkali untuk otot mengalami kecederaan dan membawa kepada masalah sakit belakang.
Terdapat juga kes dimana sakit belakang tidak dapat dipastikan punca sebenarnya.

Berikut merupakan antara punca-punca lain yang boleh menyebabkan masalah sakit belakang:

Masalah pada Otot:

  1. Otot tergeliat
  2. Otot terkoyak
  3. Otot yang letih

Masalah pada Tulang:

  1. Disc yang terkeluar atau pecah
  2. Disc yang sudah haus
  3. Retak, patah atau pecah pada bahagian tulang belakang
  4. Tulang yang cacat
  5. Kanser tulang

Lain-lain:

  1.  Kedudukan badan yang tidak betul
  2. Penyakit Radang Pelvik (Pelvic Inflammatory Disease, PID)
  3. Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
  4. Penyakit batu karang
  5. Psikologi
  6. Stress

Berikut merupakan antara kes-kes yang kerap berlaku yang boleh menyebabkan masalah sakit belakang:

1. Slip Disc

Masalah ini berlaku apabila ruas atau disc tulang belakang(intervertebral disc) terkeluar/teralih daripada tempatnya. Hal ini disebabkan oleh lapisan luar kapsul untuk ruas tulang belakang itu koyak. Hal yang akan menyebabkan bahagian dalam ruas tersebut terkeluar dan membentuk benjolan lalu ia akan menghimpit pada bahagian saraf pada kawasan tersebut.

Hal ini akan mengakibatkan sakit pada kawasan tersebut malah ia akan menjalar ke arah kawasan yang terbabit dengan saraf tersbut antaranya pada bahagian peha dan betis.

2. Penuaan ruas tulang belakang

Apabila kita meningkat usia, akan berlaku proses penuaan pada ruas tulang belakang. Hal ini akan menyebabkan isipadu ruas tulang belakang semakin berkurangan  dan akan menyebabkan fungsinya untuk menyerap hentakan semakin berkurangan.

Ini akan mnyebabkan pergeseran berlaku antara tulang tersebut dan ia akan menyebabkan kesakitan pada kawasan tersebut.

3. Spinal stenosis

Merupakan kondisi dimana ruang kawasan dimana saraf keluar daripada tulang belakang dihimpit. Hal ini berlaku akibat dari proses penuaan ruas tulang belakang, ia bergesel antara satu sama lain dan akan menyebabkan penumbuhan tulang baru pada kawasan tersebut. Dimana tulang tersbut yang akan menghimpit kawasan saraf tersebut. 

4. Radang Sendi Sacroiliac

Sendi sacroiliac merupakan sendi pada pinggul. Ia terbentuk daripada gabungan 2 tulang iaitu tulang sacrum dan tulang ilium.

Radang atau kecederaan boleh terjadi disebabkan oleh trauma, arthritis dan juga kehamilan.

5. Spondylolysis

Merupakan kondisi diaman berlakunya ‘stress fracture’ atau patah pada kawasan pars interarticularis  pada lengkukan tulang belakang. Kebanyakan daripada kes ini berlaku pada kawasan L5. dan ia juga boleh berlaku di area tulang cervical.

6. Spondylolisthesis

Keadaan ini berlaku apabila bahagian atas tulang belakang tergelincir ke hadapan menyebabkan saraf tunjang belakang dihimpit.

Kecederaan selepas kemalangan ataupun bersukan

Impak yang tinggi sewaktu bersukan atau kemalangan boleh menyebabkan kecederaan pada tissu otot.

Gaya hidup

Gaya hidup yang tidak sihat juga boleh menjadi penyumbang kepada  masalah sakit belakang. 

  • Jarang bersenam
  • Obesiti atau Berat badan yang berlebihan
  • Tidak duduk pada postur yang betul
  • Merokok
  • Kerap mengangkat barang berat terutama dengan postur yang tidak betul. 
  • Penggunaan kasut tumit tinggi

Keradangan sendi

Terdapat beberapa penyakit yang boleh boleh menyebabkan keradangan pada bahagian sendi tulang belakang dan selalunya penyakit ini adalah penyakit autoimun. Sebagai contoh penyakit autoimun adalah seperti ‘Rheumatoid Arthritis’, ‘Ankylosing spondylosis’ dan ‘Systemic lupus erythematosus’.

Mengandung

Ibu yang mengandung juga mempunyai kebarangkalian untuk mengalami sakit belakang. Ini kerana beba yang bertambah menyebabkan tekanan pada tulang belakang itu sendiri. 

Selain itu, terdapat juga penyakit- penyakit lain yang boleh menyebabkan kesakitan bahagian belakang seperti:

  • Batu karang
  • ‘Endometriosis’
  • Jangkitan pada buah pinggang
  • Keradangan pankreas (Acute pancreatitis)

Simptom

Antara komplikasi atau simptom jika sakit belakang anda melibatkan masalah tulang belakang.

Masalah tulang belakang yang teruk seperti slipped disc, spinal stenosis dan spondylolisthesis boleh menyebabkan masalah pada bahagian saraf.

Beberapa simptom yang boleh berlaku kepada pesakit antaranya:

  1. Sakit pada bahagian kaki yang teruk
  2. Pesakit tidak boleh mengawal kencing dan buang air besar
  3. Rasa kebas di bahagian punggung, peha dan kaki.
  4. Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya.
  5. Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
  6. Rasa sakit yang menusuk
  7. Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.

Rawatan Fisioterapi

Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

  1. Pemeriksaan rapi oleh anggota terapi
  2. Rawatan Manual
  3. Soft Tissue Manipulation
  4. Myofascia Release
  5. Joint Mobilization
  6. Mulligan technique
  7. Senaman regangan
  8. Senaman menguatkan otot
  9. Pembetulan postur

Senaman yang bersesuaian untuk sakit belakang

Senaman regangan otot:

  1. Tarik paha ke dada
  2. Senaman regangan otot piriformis
  3. Senaman regangan otot paha belakang
  4. Senaman ‘Stretching Cat’
  5. Senaman ‘Pelvic Rolling’

Senaman menguatkan otot:

  1. Senaman ‘cat and camel’
  2. Senaman ‘superman’
  3. Senaman ‘bridging’
  4. Senaman ‘kneeling superman’