WHATSAPP KAMI

SAKIT BAHU: PUNCA, SIMPTOM DAN RAWATAN FISIOTERAPI

Sakit bahu merupakan masalah yang berlaku pada bahagian bahu. Sakit akan terjadi apabila pesakit melakukan aktiviti atau pergerakan yang melibatkan tangan dan bahu.

Kebanyakan daripada kes mungkin berpunca daripada sendi bahu atau daripada kawasan sekitar lapisan tisu luaran sendi bahu, otot, ligamen, tulang retak atau patah, sendi bahu teralih dan sendi yang ketat.

Selain daripada itu, terdapat juga penyakit-penyakit lain yang boleh menyebabkan sakit pada bahagian bahu seperti serangan sakit jantung dan masalah batuhempedu. Kesakitan pada bahu yang berasal daripada masalah atau struktur yang lain dikenali sebagai ‘referred pain‘, iaitu sakit yang dirujuk oleh tempat lain. Kebiasaanya jika sakit yang melibatkan referred pain, rasa sakit tidak akan bertambah apabila melakukan pergerakan pada bahu.

PUNCA-PUNCA SAKIT BAHU

Terdapat pelbagai perkara yang boleh menjadi punca kepada masalah sakit abahu ini. Antaranya:

  1. Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat atau pergerakan tidak betul.
  2. Urat yang tegang disebabkan oleh postur badan yang membongkok.
  3. Kecederaan akibat dari (kemalangan, bersukan secara berlebihan, kecederaan sukan dan sebagainya.
  4. Patah atau retak pada tulang bahu.
  5. Shoulder Dislocation’ / ‘Recurrent shoulder Dislocation’ / Tulang bahu yang terkeluar daripada soketnya disebabkan oleh struktur otot yang lemah.
  6. Penyakit sendi seperti arthritis.
  7. Bahu terkehel.
  8. Sendi bahu beku (frozen shoulder).
  9. Saraf yang terhimpit.
  10. Osteoarthritis: Sendi yang semakin terhakis selalunya disebabkan faktor penuaan.
  11. Rheumatoid arthritis.
  12. Systemic Lupus erythematosus.
  13. Penyakit tulang.
  14. Ketumbuhan.

FROZEN SHOULDER

Frozen shoulder juga dikenali sebagai adhesive capsulitis. Ia menyebabkan bahu terasa sakit dan sukar untuk mengangkat tangan melebihi paras kepala. Pekerjaan harian menjadi semakin sukar seperti memakai baju t-shirt, menyikat rambut, mengangkat barang dan pelbagai lagi.

Frozen shoulder ini pecah kepada beberapa peringkat iaitu:

1. Freezing Stage – Bahu mula menjadi sakit dan terasa sedikit sukar untuk mengangkat ke atas. Peringkat ini biasanya berlaku dalam tempoh 6 – 9 minggu.

2. Frozen Stage – Peringkat ini berlaku selepas freezing stage. Dalam peringkat ini kesakitan mula kurang tetapi kesukaran untuk mengangkat tangan melebihi paras bahu semakin sukar. Jangka masa bagi peringkat ini adalah dalam lingkungan 4 bulan sehingga 6 bulan.

3. Thawing Stage – Peringkat ini bahu mula bertambah baik dan kesakitan semakin berkurangan. Pergerakan perlahan- lahan semakin mudah untuk digerakkan dan tempoh masa bagi peringkat ini adalah dalam masa 2 tahun.

SIMPTOM FROZEN SHOULDER

  1. Sakit yang berlarutan dan bertambah teruk
  2. Semua pergerakan bahu terjejas
  3. Bahu kaku atau kurang julat pergerakan bahu

RAWATAN FISIOTERAPI

Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

  1. Pemeriksaan akan dijalankan dahulu sebelum rawatan diberikan.
  2. Mengurangkan sakit pada bahagian yang terlibat menggunakan modalitis atau terapi manual.
  3. Myofascia Release / Soft Tissue Manipulation.
  4. Shoulder Joint Mobilization (AP, Caudal, PA).
  5. Mobilization With Movement.
  6. Mulligan Technique.
  7. Deep Tissue Release
  8. Pendulum Exercise.
  9. Senaman regangan.
  10. Senaman menguatkan otot.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu 18:00 – 20:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

Video testimoni
0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.

TEMPAH TEMUJANJI