Sakit Bahu: Punca, Simptom dan Rawatan Fisioterapi

Sakit bahu merupakan masalah yang berlaku pada bahagian bahu. Sakit akan terjadi apabila pesakit melakukan aktiviti atau pergerakan yang melibatkan tangan dan bahu.

Kebanyakan daripada kes mungkin berpunca daripada sendi bahu atau daripada kawasan sekitar lapisan tissu luaran  sendi bahu, otot, ligamen, tulang retak atau patah, sendi bahu teralih dan sendi yang ketat.

Selain daripada itu, terdapat juga penyakit-penyakit lain yang boleh menyebabkan sakit pada bahagian bahu seperti serangan sakit jantung dan masalah batu hempedu. Kesakitan pada bahu yang berasal daripada masalah atau struktur yang lain  dikenali sebagai ‘referred pain‘. Sakit yang dirujuk oelh tempat lain. Kebiasaanya jika sakit yang melibatkan referred pain. Sakit tidak akan bertambah disebabkan apabila pergerakan bahu dilakukan,

Punca-Punca Sakit Bahu

Terdapat pelbagai perkara yang boleh menjadi punca kepada masalah sakit abahu ini. Antaranya:

  1. Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat atau pergerakan tidak betul.
  2. Urat yang tegang disebabkan oleh postur badan yang membongkok.
  3. Kecederaan akibat dari (kemalangan, bersukan secara berlebihan, kecederaan sukan dan sebagainya.

  4. Patah atau retak pada tulang bahu

  5. ‘Shoulder Dislocation’ / ‘Recurrent shoulder Dislocation’ / Tulang bahu yang terkeluar daripada soketnya disebabkan oleh struktur otot yang lemah
  6. Penyakit sendi seperti arthritis
  7. Bahu terkehel
  8. Sendi bahu beku (frozen shoulder)
  9. Saraf yang terhimpit
  10. Osteoarthritis: Sendi yang semakin terhakis selalunya disebabkan faktor penuaan.
  11. Rheumatoid arthritis
  12. Systemic Lupus erythematosus
  13. Penyakit tulang
  14. Ketumbuhan

Frozen shoulder

Frozen shoulder juga dikenali sebagai adhesive capsulitis. Ia menyebabkan bahu terasa sakit dan sukar untuk mengangkat tangan melebihi paras kepala. Pekerjaan harian menjadi semakin sukar seperti memakai baju t-shirt, menyikat rambut, mengangkat barang dan pelbagai lagi. 

Frozen shoulder ini pecah kepada beberapa peringkat iaitu:

1. Freezing Stage
Bahu mula menjadi sakit dan terasa sedikit sukar untuk mengangkat ke atas. Peringkat ini biasanya berlaku dalam tempoh 6 – 9 minggu.

2. Frozen Stage
Peringkat ini berlaku selepas freezing stage. Dalam peringkat ini kesakitan mula kurang tetapi kesukaran untuk mengangkat tangan melebihi paras bahu semakin sukar. Jangka masa bagi peringkat ini adalah dalam lingkungan 4 bulan sehingga 6 bulan.

3. Thawing Stage – 
Peringkat ini bahu mula bertambah baik dan kesakitan semakin berkurangan. Pergerakan perlahan- lahan semakin mudah untuk digerakkan dan tempoh masa bagi peringkat ini adalah dalam masa 2 tahun.

Simptom Frozen Shoulder

  1. Sakit yang berlarutan dan bertambah teruk
  2. Semua pergerakan bahu terjejas
  3. Bahu kaku atau kurang julat pergerakan bahu

Rawatan Fisioterapi

Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

1. Pemeriksaan akan dijalankan dahulu sebelum rawatan diberikan
2. Mengurangkan sakit pada bahagian yang terlibat menggunakan modalitis atau terapi manual
3. Myofascia Release / Soft Tissue Manipulation4. Shoulder Joint Mobilization (AP, Caudal, PA)
5. Mobilization With Movement
6. Mulligan Technique
7. Deep Tissue Release
8. Pendulum Exercise
9. Senaman regangan
10. Senaman menguatkan otot.

5 SEBAB MEREKA MEMILIH IFIX PHYSIOTHERAPY

GALERI FOTO TESTIMONI

lokasi kami:

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial