Postur badan merupakan hal yang paling penting untuk kita jaga semasa melakukan aktiviti harian. Postur badan yang baik adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kita. Postur badan yang lemah boleh menyebabkan kita menjadi lenguh dan susah untuk melakukakan aktiviti harian.
Mengekalkan postur badan yang baik juga dapat membantu kita dalam senaman yang kita lakukan.
Senaman jugak memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan postur yang betul. Postur yang betul ketika bersenam dapat mengelakkan kecederaan berlaku.
- Pastikan duduk di atas kerusi yang mempunyai “Back Rest“
- Duduk dalam keadaan yang tegak
- Pastikan leher and tidak terlalu ke hadapan untuk mengelakkan “Forward Head“
- Posisi mata anda perlu selaras dengan bahagian atas komputer anda
- Siku anda di dalam 90 darjah dan jari anda perlulah rileks di atas keyoard
2. Cara mengangkat barang dengan Postur yang betul
- Barang yang anda angkat perlulah tidak melebihi berat yang terlampau
- Jika barang di bawah, anda perlulah duduk bercangkung terlebih dahulu
- Angkat barang tersebut dengan menggunakan dua tangan anda
- Waktu bangun, anda hendaklah bangun sekali dengan angkat barang di tangan anda