Kerjaya professional sebagai atlit memerlukan tubuh seorang atlit bergerak seperti sebuah jentera. Jika jentera ini bergerak tanpa henti dan tanpa bantuan yang betul, ia akan mudah rosak dan tidak mampu berfungsi.
Pengunaan otot secara berlebihan
Cara latihan yang salah
Kekurangan rutin pemanasan dan penyejukan
Impak tinggi dari pelanggaran atau jatuh secara tiba-tiba
Cara yang salah apabila menggunakan alat-alat
Faktor persekitaran
Trauma
Disamping punca-punca yang disebut di atas, kecederaan sukan juga cenderung untuk berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya:
Umur
Jantina
Kecergasan fizikal
Peringkat latihan
Penggunaan alat pelindung diri (protective gear) yang sesuai
Bagi mengelakkan kecederaan seperti ini, atlit professional perlu dibimbing oleh pakar yang yang sangat memahami mekanisma dan cara yang betul dalam menangani kecederaan sukan.
Penilaian
Ketika memulakan kerjaya sukan secara professional, seorang atlit akan menjalani proses saringan bagi mengenalpasti keadaan fizikal atau sebarang risiko pada beliau. Fisioterapis alan menentukan rutin khusus yang sesuai untuk atlit tersebut berdasarkan keputusan penialian beliau.
Program senaman khusus
Fisioterapis mereka program senaman khusus bagi atlit berdasarkan keperluan dan sasaran mereka. Program ini direka bagi meningkatkan ketahanan, kekuatan, kelenturan, ketidakseimbangan otot, fungsi otot.
- Pendidikan dan bimbingan
Fisioterapis amat membantu atlit dari segi pendidikan dan bimbingan mengenai teknik yang betul terutamanya ketika senaman pemanasan sebelum dan penyejukan selepas rutin sukan.
Senaman penguatan
Senaman ini direka khusus untuk seorang atlit berdasarkan sukan yang beliau ceburi. Senaman ini menumpukan kumpulan otot dan pergerakan yang diperlukan untuk sukan tersebut. Senaman ini juga meningkatkan keseimbangan dan mengurangkan pergerakan yang boleh mendatangkan risiko kecederaan.
Senaman kestabilan
Senaman ini bertujuan untuk atlit meningkatkan kawalan otot dan kestabilan sendi mereka dengan lebih baik. Dengan peningkatan tersebut, atlit dapat mengelakkan pergerakan mengejut atau posisi tubuh yang boleh meningkatkan risiko kecederaan.
KELEBIHAN KAMI
MERAWAT MENGIKUT JANTINA
RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA
KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH
PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK
KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA
WAKTU OPERASI
Sabtu – Khamis | 9:00 – 18:00 |
Isnin – Rabu (Temujanji Sahaja) | 20:00 – 22:00 |
Jumaat | TUTUP |
014-910 1310 (Customer Service)
LOKASI KAMI
CAWANGAN NILAI:
No. 3G, Jalan Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
CAWANGAN JOHOR BAHRU:
No. 26, Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.
CAWANGAN MELAKA:
No 46, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Peringgit, Melaka.