Bagaimana Latihan Fisioterapi dapat Mencegah daripada Kecederaan Sukan

WHATSAPP KAMI
kcederaan sukan
  • Pengunaan otot secara berlebihan

  • Cara latihan yang salah

  • Kekurangan rutin pemanasan dan penyejukan

  • Impak tinggi dari pelanggaran atau jatuh secara tiba-tiba

  • Cara yang salah apabila menggunakan alat-alat

  • Faktor persekitaran

  • Trauma

 

Disamping punca-punca yang disebut di atas, kecederaan sukan juga cenderung untuk berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya:

  • Umur

  • Jantina

  • Kecergasan fizikal

  • Peringkat latihan

  • Penggunaan alat pelindung diri (protective gear) yang sesuai

 

Bagi mengelakkan kecederaan seperti ini, atlit professional perlu dibimbing oleh pakar yang yang sangat memahami mekanisma dan cara yang betul dalam menangani kecederaan sukan.

  • Penilaian

Ketika memulakan kerjaya sukan secara professional, seorang atlit akan menjalani proses saringan bagi mengenalpasti keadaan fizikal atau sebarang risiko pada beliau. Fisioterapis akan menentukan rutin khusus yang sesuai untuk atlit tersebut berdasarkan keputusan penialian beliau.

  • Program senaman khusus

Fisioterapis mereka program senaman khusus bagi atlit berdasarkan keperluan dan sasaran mereka. Program ini direka bagi meningkatkan ketahanan, kekuatan, kelenturan, ketidakseimbangan otot, fungsi otot.

  • Pendidikan dan bimbingan

Pakar fisioterapi amat membantu atlit dari segi pendidikan dan bimbingan mengenai teknik yang betul terutamanya ketika senaman pemanasan sebelum dan penyejukan selepas rutin sukan.

  • Senaman penguatan

Senaman ini direka khusus untuk seorang atlit berdasarkan sukan yang beliau ceburi. Disamping itu, senaman ini memberi penumpuan kepada kumpulan otot dan pergerakan yang diperlukan untuk sukan tersebut. Selain itu, senaman ini mempunyai objektif bagi meningkatkan keseimbangan dan mengurangkan pergerakan yang boleh mendatangkan risiko kecederaan.

  • Senaman kestabilan

Tujuan senaman ini adalah untuk atlit meningkatkan kawalan otot dan kestabilan sendi mereka dengan lebih baik. Dengan peningkatan tersebut, atlit dapat mengelakkan pergerakan mengejut atau posisi tubuh yang boleh meningkatkan risiko kecederaan.

latihan fisioterapi bagi kecederaan sukan

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu (Temujanji Sahaja) 20:00 – 22:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (Customer Service)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jalan Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

CAWANGAN MELAKA:

No 46, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Peringgit, Melaka.