MULTIPLE SCLEROSIS

Multiple Sclerosis adalah penyakit autoimun yang menyerang sistem saraf tunjang, terutama otak, saraf tulang belakang, dan saraf mata.

Ini adalah penyakit jangka panjang yang memiliki ciri gangguan keseimbangan, penglihatan, motor dan pergerakan otot. Data menunjukkan masalah ini diderita oleh 2,5 juta orang di seluruh dunia dan lebih sering menyerang wanita berbanding lelaki. Untuk kes yang lebih parah, penyakit ini dapat menyebabkan kecacatan dan ketidakupayaan.

Penyebab

Penyakit ini disebabkan oleh kerosakan pada myelin (selubung pelindung saraf), oleh sistem pertahanan badan. Kerosakan pada myelin menyebabkan hubungan antara otak dan bahagian tubuh badan terganggu. Kerana sistem pertahanan badan menyerang selubung myelin, saraf akan rosak dan tidak berfungsi lagi.

Alasan mengapa sistem kekebalan tubuh menyerang tidak diketahui. Namun, beberapa penelitian menemukan bahawa faktor genetik, kekurangan vitamin D, jangkitan kuman, virus atau bakteria menjadi faktor untuk penyakit multiple sclerosis ini.

Simptom-simptom

  • Gangguan penglihatan, penglihatan kabur dan berganda
  • Rasa kebas pada tangan, kaki dan wajah
  • Rasa sakit berpanjangan, kekejangan otot.
  • Rasa lelah tanpa sebab
  • Pening  dan vertigo
  • Masalah keseimbangan yang mempengaruhi cara berjalan
  • Tidak boleh menahan kencing
  • Masalah kognitif seperti (tetapi tidak terbatas pada) gangguan mengingat, berbahasa, susah fokus dan mudah lupa,
  • Kemurungan tanpa sebab
  • Emosi tidak stabil
  • Gemetar tidak terkawal
  • Gangguan pendengaran
  • Masalah pernafasan atau menelan
  • Kegagalan fungsi seksual

Multiple Sclerosis adalah penyakit yang sukar di diagnos kerana simptomnya yang pelbagai. Simptom pertama dapat muncul pada usia 20 atau 40 tahun lalu simptom bertahan selama beberapa minggu dan hilang atau bertambah buruk. Kadang-kadang simptom selain yang disebutkan diatas juga boleh menjadi tanda Multiple Sclerosis.

Rawatan Multiple Sclerosis

Kebiasaannya, terdapat dua jenis rawatan untuk Multiple Sclerosis iaitu :

 

  • Rawatan medikal
  • Rawatan fisioterapi

Rawatan Fisioterapi

  • Senaman aktif / pasif / active-assisted
  • Resistance training
  • Latihan aerobik
  • Latihan keseimbangan
  • Hidroterapi
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial