Pesakit-pesakit stroke melakukan pelbagai ikhtiar bagi merawat penyakit ini dengan matlamat utama pemulihan adalah membolehkan pesakit stroke melakukan kegiatan harian seperti makan, minum, mandi dan membuang air secara berdikari. Antara terapi yang paling kerap digunakan bagi pemulihan pasca stroke adalah fisioterapi. Fisioterapi adalah penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan fungsi dan pergerakan manusia serta memaksimumkan potensi fizikal. Ia berkaitan dengan mengenal pasti dan memaksimumkan kualiti hidup dan potensi pergerakan.
1. Latihan kawalan motor
Latihan ini memberi tumpuan kepada meningkatkan kawalan pergerakan dan koordinasi.
2. Latihan Langkah dan mobiliti:
Mendapatkan semula keupayaan untuk berjalan secara bebas dan berdikari adalah antara matlamat utama selepas pulih dari stroke. Untuk latihan jenis ini fisioterapis akan menggunakan teknik-teknik seperti latihan berjalan di atas permukaan tanah, kelas latihan litar dengan fokus kepada aktiviti berkaitan berjalan, latihan di atas treadmill dan pelbagai lagi.
3. Pemulihan fungi lengan
Kebanyakan pesakit stroke tidak dapat menggunakan lengan mereka sepenuhnya selepas pulih dari stroke. Namun, keadaan ini boleh diringankan dengan bantuan fisioterapi. Antara teknik bagi rawatan melibatkan lengan adalah stimulasi elekrik dan latihan lengan dengan bantuan robot.
4. Terapi julat pergerakan:
Ini termasuk latihan dan rawatan yang bertujuan untuk mengekalkan atau meningkatkan julat pergerakan dalam sendi-sendi anda.
5. Pemulihan keseimbangan:
Masalah keseimbangan juga biasanya berlaku selepas strok disebabkan kerosakan pada sel otak. Keseimbangan yang buruk boleh mempengaruhi mobiliti anda dan menyebabkan kecederaan akibat jatuh. Latihan seperti latihan mencapai lebih jauh daripada panjang lengan semasa duduk dan pelbagai lagi dapat memulihkan keseimbangan pesakit pasca stroke.
6. Latihan kardiorespiratori
Latihan ini meningkatkan atau menjaga kecergasan kardiorespiratori adalah bahagian penting dalam pemulihan strok. Terapi melalui senaman aerobik boleh merangkumi latihan berjalan di atas treadmill atau di atas tanah.
KELEBIHAN KAMI
MERAWAT MENGIKUT JANTINA
RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA
KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH
PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK
KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA
WAKTU OPERASI
Sabtu – Khamis | 9:00 – 18:00 |
Isnin – Rabu (Temujanji Sahaja) | 20:00 – 22:00 |
Jumaat | TUTUP |
014-910 1310 (Customer Service)
LOKASI KAMI
CAWANGAN NILAI:
No. 3G, Jalan Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
CAWANGAN JOHOR BAHRU:
No. 26, Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.
CAWANGAN MELAKA:
No 46, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Peringgit, Melaka.