Lutut atau sendi berbunyi ‘klik’
Untuk pengetahuan semua, dari aspek medikal, bunyi klik pada sendi dipanggil sebagai ‘Crepitus‘. Hampir semua orang pasti pernah mengalami lutut berbunyi, terutamanya apabila menggerakkan lutut.
Persoalannya, adakah ‘Crepitus‘ atau bunyi pada sendi ini adalah sesuatu yang perlu dibimbangkan?
Apakah struktur yang boleh menyebabkan sendi berbunyi?
- Geseran struktur tisu
Ianya disebabkan oleh geseran antara struktur tulang dan struktur tisu pada sendi seperti ligamen, otot dan tendon. Kebiasaannya bunyi ini tidak disertai dengan rasa sakit.

- ‘Cavitation’
Disebabkan oleh buih pada cecair sinovial meletup kerana terdapat perubahan tekanan di dalam sendi apabila sendi digerakkan. Kebiasaannya bunyi ini tidak disertai dengan rasa sakit.

- Radang sendi (‘Osteoarthritis‘)
Ianya disebabkan oleh geseran antara tulang rawan yang terdapat pada sendi ketika pergerakan dilakukan. Kebiasaannya bunyi ini tidak disertai dengan rasa sakit.

- Kecederaan meniscus
Meniscus adalah tisu yang berada pada sendi lutut. Jika berlaku kecederaan meniscus, kebiasaannya bunyi yang terhasil akan disertai dengan rasa sakit. Ianya disebabkan oleh terdapatnya kecederaan atau koyakan pada meniscus ketika pergerakan lutut dilakukan.

Secara konklusinya
Jika bunyi pada lutut tidak disertai dengan rasa sakit, ianya adalah normal dan bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Tetapi, jika ianya disertai dengan rasa sakit, bengkak atau rasa tidak stabil, adalah sangat digalakkan untuk berunding dengan fisioterapi anda untuk penilaian lanjut.
Adakah fisioterapi dapat membantu dalam menangani bunyi pada lutut?
Ya, fisioterapi dapat membantu dalam menangani bunyi pada lutut. Salah satu punca yang menyebabkan lutut berbunyi adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan fungsi otot pada sekitar lutut.
Rawatan fisioterapi akan berfokus dalam menguatkan otot-otot berhampiran sendi lutut contohnya seperti otot di pinggul dan juga paha.
Bagi anda yang mengalami masalah sakit pada lutut, dapatkanlah konsultasi dan rawatan dengan segera.
Tekan butang di bawah untuk menempah temujanji dengan kami.
KELEBIHAN KAMI
MERAWAT MENGIKUT JANTINA
RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA
KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH
PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK
KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA
WAKTU OPERASI
Sabtu – Khamis | 9:00 – 18:00 |
Isnin – Rabu (Temujanji Sahaja) | 20:00 – 22:00 |
Jumaat | TUTUP |
014-910 1310 (Customer Service)
LOKASI KAMI
CAWANGAN NILAI:
No. 3G, Jalan Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
CAWANGAN JOHOR BAHRU:
No. 26, Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.
CAWANGAN MELAKA:
No 46, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Peringgit, Melaka.
