tempah temujanji sekarang!

LEWAT PERKEMBANGAN (GDD)

Lewat Perkembangan (GDD): Punca, Simptom dan Rawatan Fisioterapi

Lewat perkembangan secara umum atau lebih dikenali dengan nama “Global Developmental Delay” (GDD) merujuk kepada kanak-kanak yang tidak mencapai tahap perkembangan mereka mengikut peringkat umur secara normal dari aspek perkembangan bahasa dan komunikasi, fizikal, kognitif, sosio emosi dan persekitaran. Kebiasaannya boleh dikenalpasti di peringkat awal perkembangan kanak-kanak iaitu ketika kanak-kanak baru lahir sehingga berumur 18 tahun.

Kanak-kanak tersebut akan di diagnos sebagai GDD apabila terdapatnya lewat perkembangan yang lebih dari 2 kategori kebolehan ini:

  1. Kemahiran pergerakan anggota badan motor halus atau kasar (fine and/or gross motor skills) seperti memegang objek, menulis, merangkak, melompat dll;
  2. Minda/pemikiran/kognitif  (cognitive) seperti berfikir untuk selesaikan tugasan atau melakukan sesuatu dll;  
  3. Percakapan dan bahasa (speech and language) seperti bertutur, berkomunikasi secara verbal dan mengucapkan ayat untuk difahami;
  4. Sosial Emosi (Social Emotional) seperti memberi reaksi, emosi  dan respon bahasa badan yang betul mengikut situasi dan stimulasi  yang betul; dan
  5. Aktiviti kehidupan harian seperti makan, minum, membersihkan diri. 

Punca- Punca GDD

  1. Sindrom Down, iaitu yang berpunca dari genetik
  2. Jangkitan kuman/virus pada bayi atau berlakunya masalah semasa mengandung dan melahirkan anak
  3. Kelahiran pramatang (lahir awal/tidak cukup umur janin) 
  4. Jangkitan telinga yang kronik pada peringkat awal usia bayi. Ini akan menyebabkan kehilangan pendengaran, yang membawa kepada kelewatan dalam pertuturan.
  5. Gangguan spektrum autisme
  6. Cerebral palsy
  7. Gangguan spektrum alkohol janin
  8. Sindrom Landau Kleffner
  9. Myopathies, termasuk dystrophy otot

Rawatan GDD

  1. Terapi pertuturan bagi melatih kemahiran komunikasi dan bahasa.
  2. Terapi cara kerja untuk melatih kanak-kanak melakukan aktiviti harian.
  3. Fisioterapi untuk melatih kemahiran fizikal dan mengurangkan komplikasi fizikal.

Rawatan Fisioterapi

Bayi yang mengalami GDD perlu dirujuk kepada fisioterapi secepat mungkin.

Senaman-senaman dan latihan yang bersesuaian dengan kondisi kanak-kanak akan turut diberikan oleh ahli fisioterapi dan kondisi-kondisi kanak kanak GDD juga akan diperiksa dan dinilai.

Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

  1. Regangan pasif
  2. Senaman untuk meningkatkan keseimbangan otot.
  3. Nasihat mengenai posisi dan postur kepada ibu bapa.
  4. Mengajar ibu bapa mengenai senaman yang berkaitan supaya dapat dilakukan di rumah.
  5. Play Therapy
  6. Latihan stimulasi
  7. Trunk control
  8. Senaman regangan
  9. Senaman menguatkan otot

Disarankan untuk melakukan senaman dan latihan sekurang-kurangnya 1 jam selepas penyusuan. Senaman juga haruslah dilakukan secara perlahan dan lembut supaya tidak menyebabkan kesakitan.

Senaman Di Rumah

  1. Sentiasa bermain atau berinteraksi dengan kanak-kanak.
  2. Sentiasa melakukan senaman atau pergerakan yang diajar oleh fisioterapi
  3. Sentiasa melatih anak-anak untuk berjalan dan lain lain
  4. Menggunakan alatan mainan supaya kanak-kanak lebih peka untuk melakukan sesuatu pergerakan
  5. Terapi permainan