Kondisi Sakit Bahu yang Kerap Berlaku. Ketahui Gejala Masalah Sakit Bahu.

Ramai dikalangan kita yang mempunyai masalah sakit bahu. Namun tidak ramai yang tahu akan rawatan yang bersesuaian untuk kondisi sakit bahu. Sakit bahu terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya bahu kaku (frozen shoulder), kecederaan otot rotator cuff, osteoartritis sendi bahu dan bahu terkehel.

Kecederaan Otot Rotator Cuff (RC)

Otot RC terbahagi kepada 4 otot utama

  1. Supraspinatus
  2. Infraspinatus
  3. Teres minor
  4. Subscapularis

Otot RC berperanan dalam menstabilkan sendi bahu. Ia juga membantu menghasilkan pergerakkan bahu seperti mengangkat dan memusingkan lengan. Kecederaan otot RC boleh menyebabkan pergerakkan terganggu dan rasa yang sangat tidak selesa. Kesakitan pada otot RC terbahagi kepada 3 kategori.

Keradangan Tendon (tendinitis) – Keradangan ini disebabkan penggunaan otot RC berlebihan atau “over use”.

Keradangan Bursa (Bursitis) – Bursa adalah kantung cecair yang terletak diantara tendon-tendon otot RC dan tulang dibawahnya

Otot RC Koyak (Tear) – Ia boleh disebabkan oleh kecederaan atau pergerakkan yang berlebihan yang menyebabkan ia tertatik dan koyak. Ia boleh koyak separuh atau sepenuhnya.

Simptom Kecederaan Otot RC

  1. Pergerakkan sendi bahu terhad/sakit
  2. Sakit bahu apabila mencapai sesuatu di atas kepala
  3. Sukar memakai baju
  4. Sukar menyentuh bahagian belakang badan
  5. Bahu menjadi lemah

Rawatan Fisioterpi

Rawatan fisio terapi bagi kondisi sakit bahu merangkumi pelbagai aspek. Antaranya mengurangkan kesakitan pada bahu, meningkatkan pergerakkan bahu, dan menguatkan semula bahu bagi mengekalkan kefungsian bahu.

Antara rawatan yang membantu untuk mengurangkan kesakitan bahu adalah ais ataupun rawatan haba. Pemilihan penggunaan ais atau haba bergantung pada kondisi pesakit.

Indikasi penggunaan ais:

  1. Bengkak/lebam
  2. Suhu pada tempat sakit lebih panas daripada kawasan tubuh yg lain
  3. “Acute injury” atau sakit yg baru terjadi

Indikasi penggunaan Haba:

  1. Sakit yang sudah lama
  2. Otot keras (spasm)
  3. Suhu kawasan sakit sama dengan kawasan tubuh badan yang lain
  4. Tiada luka
  5. Tidak bengkak

Senaman regangan – dalam mengembalikan semula pergerakkan ketahap yang terbaik, senaman meregangkan otot dan sendi di bahagian bahu sangat penting untuk dilakukan. Otot manusia mempunyai sifat keanjalan (elastic). Jika ia menjadi keras dan kurang anjal di bahagian bahu, maka pergerakkan akan menjadi sukar dan boleh menyebabkan pergerakkan tidak boleh dilakukan sepenuhnya.

Senaman regangan untuk bahu amat mudah dan ramai yang sudah mengetahui tentang jenis-jenisnya. Namun tidak ramai yang tahu cara yang efektif melakukan senaman regangan. Menurut kajian, senaman regangan perlulah dilakukan sekurang-kurangnya 15 saat bagi mendapatkan kesan yang efektif. Ketika melakukan regangan adalah penting untuk anda merasakan sedikit ketegangan pada otot yang terlibat. Pastikan tidak terlalu menyakitkan pada bahagian yang cuba diregangkan. Gambar di bawah menunjuk beberapa senaman yang sesuai dilakukan bagi masalah sakit bahu. Terdapat pelbagai lagi jenis senaman yang boleh anda dilakukan.

Senaman Kekuatan – ianya penting bagi mengembalikan fungsi bahu ketahap paling optimum dan juga mengelakkan berlaku semula masalah tersebut. Otot yang kuat menjaga sendi-sendi daripada rosak dan bermasalah. Pelbagai senaman yang boleh dilakukan untuk menguatkan bahagian bahu anda. Namun, lebih disarankan untuk berjumpa terapis dahulu untuk mengetahui jenis senaman yang sesuai untuk anda lakukan di rumah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial