Urinary Incontinence

Masalah lemah kawalan kencing atau urinary incontinence sering berlaku dalam kalangan wanita yang berusia. Namun terdapat juga wanita muda yang berusia 30-an yang turut mengalami masalah ini terutamanya mereka yang hamil. Masalah ‘terkucil’ atau ketirisan air kencing ini sering dialami ketika pesakit batuk, bersin atau ketawa.

Seramai 30% wanita Malaysia mengalami masalah ‘urinary incontinence’.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2019)

Urinary Incontinence

Urinary Incontinence adalah keadaan di mana seseorang tidak dapat mengawal untuk membuang air kecil. Air kencing akan terkucil keluar bebas tanpa kawalan dan boleh berlaku pada bila-bila masa terutamanya ketika batuk, bersin, ketawa dan beriadah.

Jenis-jenis Incontinence

1. Tekanan (Stress Incontinence)

  • Pengeluaran beberapa titik air kencing sewaktu pergerakan fizikal seperti membongkok, melompat atau ketika batuk dan bersin.

2. Desakan (Urge Inontinence)

  • Sering berlaku disebabkan oleh ketidakstabilan fungsi otot pundi kencing (detrusor muscle). Keadan ini mendorong kepada pengeluaran air kencing pada kadar yang banyak sehinggakan mengakibatkan kebocoran.

3. Over Active Bladder (OAB)

  • Pundi kencing terlalu aktif sehingga kerap membuang air kencing.

4. Overflow Incontinence

  • Kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing. Boleh terjadi sama ada disebabkan oleh kerosakan pada saluran keluar air kencing, penyakit kencing manis (diabetes) atau kecederaan pada saraf yang disalurkan ke pundi kencing.

5. Batasan fungsi (Functional Incontinence)

  • Terjadi disebabkan oleh batasan pergerakan fizikal seperti kecacatan atau terdapat halangan yang melambatkan seseorang untuk sampai ke tandas.

6. Neurogenic

  • Terdapat kerosakan pada saraf atau fungsi otak seperti strok/angin ahmar, ketumbuhan di otak (brain tumour).

7. Gabungan (Mixed Incontinence)

  • Mixed incontinence adalah gabungan stress incontinence dan urge incontinence.

Simptom Urinary Incontinence

  • Urgency: Rasa segera atau tiba-tiba untuk membuang air kencing selepas mengalami timbul rasa/sensation untuk membuang air kencing.
  • Frequency: Kerap membuang air kencing.
  • ‘Terkucil’ atau ketirisan air kencing terutamanya ketika batuk, bersin, ketawa, ketika mengangkat barang yang berat atau melakukan aktiviti yang berat.
  • Mengalami kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing (Overflow Incontinence).

Faktor Risiko Urinary Incontinence

  • Monopos – pengurangan pengeluaran hormon estrogen menyebabkan otot menjadi lemah
  • Faktor umur
  • Obesiti
  • Penyakit neurologi seperti multiple sclerosis, strok, dan Parkinson’s disease
  • Penyakit prostate – berlaku dalam kalangan lelaki
  • Masalah kececatan fizikal semenjak lahir
  • Terdapat kecederaan pada saraf tunjang (spinal cord injury)

Punca Urinary Incontinence

  • Pernah menjalani prosedur pembedahan seperti hysterectomy
  • Hamil
  • Berlaku keradangan pada dinding pundi kencing
  • Masalah sembelit
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Pengambilan alkohol
  • Jangkitan kuman pada saluran air kencing
  • Ketumbuhan sekitar pundi kencing
  • Penyakit batu karang

Kesan dari masalah Urinary Incontinence

  • Menjadikan seseorang itu merasa rendah diri, tidak selesa, tertekan dan murung.
  • Dari segi sosial, ada wanita yang mengubah gaya hidup dan mengelak dari bergaul dan melibatkan diri dengan aktiviti
  • Memberi kesan kepada hubungan seks.
  • Masalah kesihatan lain adalah seperti mudah mendapat jangkitan, ruam dan gatal kerana keadaan selalu lembab.

Rawatan Urinary Incontinence

1. Bladder Retraining

  • Bertujuan melatih pesakit untuk memanjangkan jarak masa antara episod membuang air kencing.

2. Kegel’s Exercise

  • Senaman Kegel akan diajar bagi tujuan menguatkan otot-otot pelvic floor.

3. Stimulasi saraf

  • Penggunaan mesin seperti biofeedback, myofeedback untuk meransang saraf dan menguatkan otot pelvic floor.

4. Rawatan menguatkan otot pelvic floor

  • Penggunaan alatan yang berfungsi menguatkan otot seperti Vagina cone dan perineometer.

Segera rujuk doktor atau pakar

Segera dapatkan rawatan dan berjumpa dengan pakar jika anda mengalami masalah atau gejala seperti yang disebutkan.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu (Temujanji Sahaja) 20:00 – 22:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (Customer Service)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jalan Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

CAWANGAN MELAKA:

No 46, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Peringgit, Melaka.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.