KEPALA BAYI SENGET SEBELAH (TORTICOLLIS)

PENGENALAN TORTICOLLIS:

Torticollis bermaksud teleng kepala atau senget kepala yang disebabkan oleh posisi kepala dan leher yang tidak normal dan tidak simetri (tidak sama paras). Ini adalah satu kondisi yang mengakibatkan fibrosis dan pemendekkan otot sternocledomastoid yang menyebabkan kepala senget atau berpusing ke sebelah.

Oleh itu, dagu menghadap ke sebelah bahu dimana ia akan berada jauh dari otot leher yang pendek. Bahagian belakang kepala pula akan berpusing kearah yang bertentangan. Ada beberapa kes congenital torticollis yang disebabkan oleh masalah tulang pada bahagian leher (tulang cervical). Ini dinamakan sebagai congenital malformation pada tulang leher.

Bagi kes torticollis bayi, selalunya terjadi bila bayi yang didalam rahim disebabkan

  • Kepadatan kedudukan dalam janin atau posisi yang tidak normal seperti songsang ( punggung bayi menghadap tempat kelahiran bayi berbanding bayi normal,kepala dekat tempat kelahiran).
  • Penggunaan vakum atau forcep dalam proses kelahiran bayi.

Otot yang terlibat ialah stenocladomastoid (otot leher) dan mengakibatkan fibrosis dan otot stenocladomastoid menjadi pendek dan ketat sehingga kepala berpusing ke sebelah. Oleh itu dagu menghadap ke sebelah bahu dimana ia jauh dari otot leher yang pendek. Bahagian belakang kepala pula akan berpusing kearah yang bertentangan. Ada beberapa kes congenital tortikolis yang disebabkan oleh masalah tulang pada bahagian leher (tulang cervical). Ini dinamakan sebagai congenital malformation pada tulang leher.



  1. Kebiasaannya penyakit torticollis selalu terjadi pada bayi yang baru lahir. Antara tanda-tanda torticollis ialah:
  • Memusing kepala dalam satu arah sahaja. (Sukar untuk kenalpasti)
  • Menghadapi kesukaran semasa menyusu bayi dalam dua-dua arah. Berminat hanya untuk satu belah sahaja.
  • Melihat anda dengan memusingkan satu badan berbanding melihat dengan mata.

2. Kepala yang leper (positional plagiocephaly) akan terjadi pada sesetengah bayi torticollis apabila sering baring pada satu atau dua belah arah setiap masa.

3. Sesetengah bayi akan menjadi sakit leher dan ketegangan pada pergerakkan leher sekaligus menyebabkan pergerakkannya terbatas.

Rawatan Torticollis

Bayi torticollis ini perlu buat rawatan fisioterapi secepat mungkin kerana agak susah bila membuat regangan pada otot stenocladomastoid bila bayi semakin matang. Biasanya kondisi torticollis ini terjadi bila otot stenocladomastoid dibahagian tepi leher akan menjadi ketat(tightness) dan akan menjadi pendek.

Ahli fisioterapi akan memeriksa kondisi bayi dan memberi posisi-posisi senaman yang bersesuain dengan kondisi tersebut.

Ahli fisioterapi akan menilai semula kondisi bayi tersebut.

  1. Regangan Pasif

2.Membantu pergerakkan leher untuk bayi.

  • seperti menggantung atau meletakkan barang permainan disisi yang terkesan (affected).

3.Senaman untuk meningkatkan keseimbangan otot.

4.Nasihat mengenai posisi dan kedudukan bayi kepada ibu bapa.

5.Mengajar ibu bapa senaman yang boleh dilakukan dirumah.

6. Menggunakan pek pemanas (hotpack) untuk melembutkan otot yang ketat dan mengurangkan sakit. Hanya untuk kanak-kanak sahaja.

JIka mempunyai sebarang persoalan boleh hubungi kami atau tekan link dibawah:

https://ifixphysiotherapy.com.my/tentang-kami/

RAWATAN DI RUMAH

Pencegahan:

  1. Ibu bapa perlu beri perhatian posisi dan kedudukan bayi bila waktu tidur, makan dan sebagainya.
  2. Ibu perlu baringkan bayi pada arah yang bertentangan bahagian leher yang teleng bila memberi penyusuan.
  3. Berkomunikasi dan berinteraksi dengan bayi pada kedua dua arah.
  4. Bermain dengan bayi pada arah yang bertentangan pada leher yang teleng.

Kenapa Torticollis perlu dipulihkan / dirawat?

Adalah sangat penting untuk merawat torticollis kerana:

  • Ia akan mengelakkan daripada berlakunya pemendekkan otot secara kekal. Kita juga dapat melihat torticollis dewasa sekiranya tidak dirawat dengan awal.
  • Mengelakkan daripada melakukan rawatan pembedahan.
  • Mengurangkan sakit leher.
  • Mengelakkan komplikasi kedua contohnya seperti delayed development motor skills dan plagiocephaly (sindrom kepala datar).

Segera rujuk doktor atau pakar 

Dinasihatkan untuk segara berjumpa dengan pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami tanda dan gejala seperti yang disebutkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial