tempah temujanji sekarang!

KECEDERAAN TENDON

Kecederaan Tendon: Punca, Simptom dan Rawatan Fisioterapi

Tendon ialah tisu penghubung yang menyambungkan otot ke tulang. Kecederaan pada tendon adalah kerap berlaku pada para atlet. Kecederaan pada tendon berlaku apabila tendon diregangkan berlebihan atau digunakan secara berlebihan. Kecederaan tendon ini boleh berlaku pada mana-mana bahagian terutama bahagian yang paling kerap digunakan dalam sukan tersebut. Sebagai contoh untuk pemain golf kecederaan akan berlaku pada bahagian tangan. 

Kecederaan pada bahagian tendon merupakan kecederaan yang kerap berlaku terutama kepada atlet dan mereka yang kerap bersukan. 30-50% daripada kecederaan sukan mencatatkan kecederaan yang melibatkan struktur tendon.

Hal ini berlaku apabila berlaku keradangan dan sakit pada kawasan tersebut. Ia berpunca daripada trauma dan penggunaan secara berlebihan ‘overuse’. kawasan tersebut akan menjadi sakit, bengkak, dan juga panas apabila disentuh.

Terdapat juga kes yang melibatkan putus ‘rupture’ pada bahagian tendon. Kebiasaanya kes seperti ini melibatkan impak trauma yang tinggi. Kawasan yang kerap terjadi adalah pada Achilles tendons, biceps,  dan tendon quadriceps.

Tetapi kebanyakan daripada kes ini adalah disebabkan sukan. Kecederaan ini biasanya berlaku pada tendon patella (lutut), achilles (tumit) abila melakukan aktiviti berlari dan melompat yang berlebihan. Kecederaan biceps dan ratator cuff (bahu) pula adalah individu membuat aktiviti berulang pada bahu yang lemah dan tidak fleksibel.

Antara Kecederaan Tendon yang Kerap Berlaku dalam Sukan

Tennis Elbow

Tennis elbow adalah sakit pada bahagian luar siku. Ia disebabkan oleh radang yang berlaku pada tendon yang menghubungkan otot lengan kepada tulang siku. Masalah ini akan merebak ke bahagian tangan. 

Kebanyakan daripada kes ini disebabkan oleh overuse kerana aktiviti menghayun dan memusing lengan secara berlebihan.

Golfer Elbow

Golfer Elbow merupakan kes yang menyerupai tennis elbow tetapi ia berlaku pada kawasan sisi luar tangan. Masalh ini boleh merebak ke pergelangan tangan.

Golfer elbow ini buka sahaja akan berlaku kepada mereka yang bermain golf malah ia juga boleh berlaku kepada pemain tennis dan lain dimana sukan tersebut banyak menggunakan pergelangan tangandan genggaman.

Simptom – simptom kecederaan tendon

  • Sakit semakin meningkat apabila melakukan pergerakan
  • Sakit dan kekakuan pada sendi sering meningkat pada waktu malam atau di pagi hari
  • Kawasan terlibat akan sakit di iringi dengan kemerahan, kehangatan dan bengkak
  • Terasa bunyi renyah pada bahagian tendon yang tercedera apabila melakukan pergerakan.

Rawatan Fisioterapi

Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

  1. Pemeriksaan rapi oleh anggota terapi
  2. Rawatan Manual
  3. Mobilisation with movement
  4. Soft Tissue Manipulation
  5. PNF
  6. Myofascia Release
  7. Joint Mobilization
  8. Mulligan technique
  9. Senaman regangan
  10. Senaman menguatkan otot