tempah temujanji sekarang!

KECEDERAAN OTOT

Kecederaan Otot: Punca, Simptom dan Rawatan Fisioterapi

Kecederaan otot adalah kerap di kalangan atlet. Ia terjadi apabila regangan secara berlebihan dan seterusya menyebabkan ianya koyak.  Ini berlaku disebabkan oleh keletihan, terlebih guna dan penggunaan yang tidak betul.

Masalah ini boleh berlaku dimana-mana bahagian, tetapi kawasan yang paling kerap mengalami masalah ini ialah di bahagian belakang, bahu, leher dan belakang paha (Hamstring Pull).

Simptom- simptom

  • Sakit secara serta merta
  • Kesakitan berlarutan
  • Pergerakan terbatas
  • Lebam dan bengkak
  • Kemerahan/ Kebiruan pada bahagian tersebut
  • Kekakuan pada bahagian yang tercedera
  • Kelemahan otot

Faktor-faktor

  • Tidak memanaskan badan dengan betul sebelum bersukan
  • Tidak fleksibel
  • Keletihan

Rawatan Fisioterapi

Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

    1. Pemeriksaan rapi oleh anggota terapi
    2. Rawatan Manual Therapy
    3. Isometric Strengthening
    4. Cryotherapy
    5. Soft Tissue Manipulation
    6. Myofascia Release
    7. Joint Mobilization
    8. PNF
    9. Mulligan technique
    10. Senaman regangan
    11. Senaman kekuatan