KECEDERAAN LIGAMEN

Kecederaan Ligamen: Punca, Simptom dan Rawatan Fisioterapi

Ligamen merupakan tisu berserat yang sangat kuat dan elastik dimana ia menyambungkan bahagian tulang dengan tulang. Fungsi ligamen ialah membenarkan pergerakan terhad secara pasif antara tulang. Kecederaaan ligamen ini sering berlaku kepada atlet dan melibatkan pelbagai kawasan seperti lutut, bahu, kaki dan lain- lain

Kecederaan ligamen pada lutut dan tapak kaki menunjukkan purata tertinggi disebabkan hampir kesemua sukan melibatkan pergerakan kaki. Kecederaan ligament ini boleh berlaku apabila pergerakan yang dilakukan melebihi kemampuan bergerak, dimana ligamen tersebut akan ditarik dan memungkin kebarangkalian untuk cedera atau koyak. Rekod menunjukkan ACL dan Ankle Sprain mencatatkan rekod terbanyak kes kecederaan sukan.

Tahap kecederaan ligamen

Kecederaan ligamen terbahagi kepada 3 tahap:

Tahap 1: Ligamen terseliuh atau koyak ringan

Tahap 2: 50% daripada ligamen koyak

Tahap 3: Ligamen koyak sepenuhnya

Kecederaan ligamen yang sering berlaku semasa sukan ialah:

  • ACL (Anterior Cruciate Ligamen)

Merupakan salah satu ligamen yang berada di lutut yang menyambungkan bahagian peha dan juga bahagian betis. Fungsi ACL ini adalah untuk menstabilkan lutut terutama sewaktu pergerakan pivot atau pusingan. Disebabkan itu, kebanyakan kes ACL melibatkan pergerakan twisting, ‘change direction’ dan landing. Ia kerap berlaku kepada pemain bola sepak, ragbi dan futsal (paling tinggi).

Fakta ACL

Purata menunjukkan 10% kecederaan ACL membabitkan pemain professional manakala selebihnya adalah dalam kalangan penggemar sukan dan yang belum bersedia untuk aktiviti lasak.Dan risiko pemain perempuan 3X lebih tinggi berbanding pemain lelaki

  • Ankle sprain 

Ankle Sprain adalah kecederaan pada tisu (ligamen) yang membalut sendi kaki dan menyambungkan tulang betis dan tulang pada bahagian tapak kaki.

Biasanya terjadi apabila melakukan pusingan secara tiba-tiba dalam keadaan yang postur badan dan kaki yang salah. Pergerakkan spontan dan secara insiden ini memaksa bahagian kaki keluar daripada posisi normalnya mengakibatkan regangan secara berlebihan, atau luka koyakkan ke atas ligamen. Masalah ini juga antara masalah-masalah yang kerap berlaku sewaktu bersukan.

  • Kecederaan PCL
  • Tempurung kepala lutut teralih
  • Bahu terseliuh

Simptom - simptom kecederaan ligamen

  • Rasa sakit/ ketidakselesaan apabila meletakkan berat pada kaki
  • Bengkak pada kaki terutamanya bahagian buku lali
  • Perubahan warna kulit/ lebam
  • Sakit apabila ditekan
  • Pergerakan kaki menjadi terhad
  • Rasa tidak stabil apabila berpijak/ berdiri/ berjalan

Rawatan yang boleh dibuat dirumah

Masalah ini boleh dirawat di rumah jika tidak serius. Malah kebanyakan daripada kes ini baik dengan hanya melakukan perkara perkara dibawah.

Bagi rawatan dirumah, pesakit boleh mencuba:

  • Letak ais pada tapak kaki
  • Mengambil ubat tahan sakit di farmasi
  • Elakkan daripada bersukan selagi tidak sembuh

Rawatan Fisioterapi

Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

  1. Pemeriksaan rapi oleh anggota terapi
  2. Rawatan Manual
  3. Soft Tissue Manipulation
  4. Myofascia Release
  5. Joint Mobilization
  6. Mulligan technique
  7. Senaman regangan
  8. Senaman menguatkan otot
  9. Pembetulan postur

Rawatan Fisioterapi juga merangkumi sebelum dan selepas pembedahan yang menggantikan semula ligamen baru sebagai contoh ACL Reconstruction.

  • Scar Tissue Management
  • Range of Motion Exercise
  • PNF Strengthening
  • Gait Training
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial