WHATSAPP KAMI

Kecederaan ACL (Anterior Cruciate Ligament)

Kecederaan ACL pada lutut atau ACL koyak sememangnya ditakuti oleh mereka yang aktif bersukan. Anterior Cruciate Ligament (ACL) merupakan salah satu ligamen utama yang terdapat pada lutut. Kecederaan ACL sering berlaku kepada atlit dalam sukan yang melibatkan berhenti secara tiba-tiba ketika berlari (sudden stop) atau bertukar arah semasa berlari (sudden changes in direction) contohnya sukan bola sepak dan bola keranjang.

Apa itu kecederaan ACL?

ACL atau Anterior Cruciate Ligament merupakan satu daripada empat ligamen utama pada lutut yang memainkan peranan penting dalam mengawal kestabilan sendi lutut. ACL adalah ligamen yang menyambungkan tulang paha dan juga betis. Ia mempunyai fungsi yang penting dalam mengelakkan daripada tulang paha teralih ke belakang (atau tulang betis teralih ke hadapan) terutamanya ketika melakukan pergerakan pada sendi lutut.

Kecederaan ACL merupakan suatu kondisi atau masalah yang sering terjadi pada sendi lutut. Ia terjadi apabila terdapatnya kekoyakan pada bahagian tisu ACL. Tahap kecederaan ACL adalah bergantung pada berapa banyak koyakan yang berlaku pada ligamen tersebut.

Apakah simptom atau gejala kecederaan ACL?

1. Sakit pada lutut: Mereka yang mengalami kecederaan ACL akan merasa tidak selesa atau sakit pada bahagian sendi lutut. Sesetengah daripada mereka akan turut mengalami kesukaran terutamanya apabila berdiri.

2. Bengkak (Swelling): Lutut yang tercedera akan mengalami kebengkakkan dan kemerah-merahan. Dalam tempoh kecederaan yang baru sahaja terjadi (Acute injury), dinasihatkan untuk meletakkan ais pada bahagian lutut yang tercedera dan tinggikan kaki melebihi paras dada apabila berehat sama ada dengan meletakkannya di atas bantal yg tinggi bagi tujuan mengurangkan bengkak.

3. Sukar untuk berjalan normal: Rasa sakit atau sukar untuk berjalan secara normal disebabkan oleh bebanan yang diberikan pada sendi lutut yang tercedera. Sesetengah mereka juga akan merasa seolah-olah sendi lutut mereka longgar dan tidak stabil.

4. Julat pergerakan lutut terbatas: Apabila seseorang mengalami kecederaan pada ACL, kebiasaannya individu tersebut akan terasa sakit dan tidak akan dapat untuk membengkokkan lutut dengan sepenuhnya.

Apakah punca berlakunya kecederaan ACL?

Sebanyak 80% kecederaan ACL yang berlaku semasa bersukan terjadi bukanlah disebabkan oleh hentakan terus pada lutut (non-contact injuries).

Physioworks, 2019.

  1. Bertukar arah secara tiba-tiba semasa berlari (sudden changes in direction).
  2. Berhenti secara tiba-tiba ketika berlari (sudden stop).
  3. Berpijak daripada melompat secara tidak betul.
  4. Hetakan terus pada lutut (direct contact or collision).

Apakah pemeriksaan yang akan dilakukan untuk mengetahui kecederaan ACL?

1. Melalui tanda dan gejala yang dialami: Contohnya seperti rasa longgar pada sendi lutut atau kurang stabil.

2. Pemeriksaan fizikal: Beberapa pemeriksaan fizikal yang khas pada sendi lutut (knee special tests) akan dilakukan oleh fisioterapis dan doktor. Kebiasaanya keputusan pemeriksaan fizikal untuk kecederaan ACL akan positif apabila terdapatnya ketidakstabilan pada ligamen ACL tersebut.

3. Magnetic Resonance Imaging (MRI): Pemeriksaan melalui MRI akan dilakukan bagi mengetahui dengan lebih jelas sama ada terdapat kecederaan atau kekoyakan pada ACL atau tidak, dan melalui MRI juga, dapat mengetahui tahap kecederaan ACL yang dialami.

Bagaimanakah cara merawat kecederaan ACL?

1. Rawatan tanpa pembedahan: Melalui penggunaan ‘bracing’ yang berfungsi untuk megurangkan rasa ketidakstabilan pada lutut yang tercedera dan juga melalui rawatan fisioterapi bagi tujuan rehabilitasi untuk mengembalikan semula fungsi lutut dan menguatkan otot sekeliling.

2. Rawatan pembedahan: Rawatan pembedahan akan dilakukan bergantung pada tahap kecederaan ACL, umur pesakit dan tahap fizikal individu tersebut. Rawatan pembedahan untuk kecederaan ACL dikenali sebagai ACL Reconstruction.

Apakah rawatan fisioterapi untuk kecederaan ACL?

Protokol atau program rehabilitasi kecederaan ACL akan diberikan bagi tujuan mengembalikan semula fungsi lutut dan menguatkan otot-otot sekitar lutut.

Rawatan fisioterapi bagi mereka yang mengalami kecederaan ACL lebih menjurus kepada:

1. Rawatan pain management: Rawatan ini akan dilakukan pada peringkat awal kecederaan berlaku dan bertujuan untuk mengurangkan sakit dan juga bengkak pada lutut. Contohnya seperti rawatan ais, bandaging, kinesiotaping untuk lutut bengkak, Ultrasound, TENS dan lain-lain.

Teknik Kinesiotaping untuk lutut bengkak

2. Rawatan manual terapi: Rawatan manual terapi akan diberikan bagi tujuan melembutkan otot-otot sekitar lutut dan mengurangkan ‘spasm‘ pada otot.

3. Rawatan untuk mengembalikan julat pergerakan lutut ke tahap yang normal: Beberapa senaman akan diberikan seperti Active exercises, Stretching exercises dan lain-lain.

4. Strengthening exercises: Senaman dan latihan untuk menguatkan semula otot-otot sekitar lutut seperti otot pada bahagian paha (quadriceps, hamstring) dan otot keseluruhan kaki akan diberikan.

5. Balance training: Individu yang mengalami kecederaan ACL kebiasaannya akan turut mengalami masalah dalam keseimbangan terutamanya pada kaki yang tercedera. Latihan keseimbangan secara progressive akan diberikan dan ia sangat penting bagi membantu mengatasi masalah ini.

6. Proprioception and agility training: Latihan ini akan diberikan bagi mengembalikan semula kestabilan sendi otot secara maksimum dan bertujuan untuk membantu mereka yang mengalami kecederaan ACL dapat kembali semula untuk bermain dan bersukan. Sekali gus turut mengurangkan risiko untuk mendapat kecederaan yang berulang.

Rawatan fisioterapi untuk rehabilitasi kecederaan ACL selepas pembedahan juga sangat penting dan mesti dilakukan sejurus sahaja selepas pembedahan.

Bilakah masa yang sesuai untuk atlit kembali berlari atau bersukan semula?

Rajah di bawah menunjukkan beberapa perkara penting yang harus diambil kira sebelum kembali berlari dan bersukan:

Perkara penting yang harus diambil kira sebelum kembali berlari dan bersukan

Segera rujuk doktor atau pakar

Dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan fisioterapi atau pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami kecederaan pada lutut.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu 18:00 – 20:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

Video testimoni
0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.

TEMPAH TEMUJANJI