[E-BOOK]

PANDUAN SENAMAN RUTIN

Jom bersenam untuk sihat dan pulih!

WHATSAPP KAMI

PANDUAN SENAMAN KHAS BUAT ANDA

Panduan Senaman Rutin ini disediakan oleh Ifix Physiotherapy untuk memberi panduan kepada pembaca berkenaan senaman-senaman harian yang boleh dilakukan di rumah.

Seperti yang sering diperakui, kepentingan senaman dapat membantu individu menjalani kehidupan dengan lebih baik dan dapat kembali ke tahap fungsi fizikal yang optimum. Ianya bukan sahaja penting untuk kesihatan fizikal, bahkan turut memberi manfaat kepada emosi, mental, sosial dan rohani.

Panduan Senaman Rutin ini menyediakan panduan tentang kaedah dan cara melakukan senaman-senaman. Video untuk rujukan setiap satu senaman juga turut dikepilkan bersama.

Buku ini amat sesuai bagi mereka yang cakna berkenaan penjagaan kesihatan fizikal dan juga sesuai bagi mereka yang sedang di dalam proses rehabilitasi dan pemulihan bagi masalah-masalah kesihatan fizikal seperti sakit belakang, bahu, pinggang, kecederaan sukan, masalah neurologi, strok dan lain-lain.

Digalakkan untuk para pembaca rujuk kepada yang lebih pakar terlebih dahulu seperti ahli fisioterapi dan doktor berkenaan pemilihan senaman yang sesuai dengan kondisi masalah yang dialami.