BELL'S PALSY

Bell's Palsy: Punca, Simptom dan Rawatan Fisioterapi

Bell’s Palsy adalah kondisi dimana otot pada muka menjadi lemah atau paralyzed. Ianya boleh terjadi apabila saraf yang salur pada otot muka mengalami himpitan dan juga inflamasi.

Kebiasaannya, masalah ini berlaku pada sebelah muka sahaja dan kerap berlaku pada individu yang berumur 10 hingga 40 tahun. Faktor kepada terjadinya kondisi ini masih kurang jelas. Walaubagaimanapun kebanyakan kes adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan virus dan majoriti pesakit akan pulih dalam tempoh 2-3 bulan.

Disamping itu, seseorang boleh mendapat Bell’s palsy pada bila-bila masa sahaja. Bagi sesetengah orang, gejala akan terlihat ketika bangun dari tidur, iaitu mereka akan mendapati sebahagian muka menjadi tidak berfungsi. Bagi sesetengah orang pula, sebelum mereka mengalami kelemahan pada otot muka, mereka akan merasa sakit di belakang telinga.

Tanda-tanda Bell’s palsy

Kelemahan pada otot muka akan berlaku dengan cepat dalam beberapa jam dan akan menjadi lebih lemah dalam beberapa hari. Kelemahan otot ini berbeza dimana ada otot yang lemah sedikit manakala ada otot yang terlalu lemah.

Antara tanda-tandanya adalah ;

  • Sebelah muka anda akan menjadi lemah dan apabila anda senyum, hanya sebelah otot muka yang berfungsi.
  • Tidak berupaya untuk mengunyah makanan. Makanan mungkin akan terperangkap diantara lelangit dan gusi. Minuman dan air liur juga akan meleleh dari tepi mulut.
  • Anda tidak berupaya menutup mata dan ini menyebabkan mata akan menjadi kering atau air mata akan mengalir keluar.
  • Anda tidak dapat kedutkan dahi anda, tidak dapat meniup ataupun mengembangkan pipi.
  • Anda juga akan bermasalah dalam sebutan perkataan yang bermula dengan huruf P.
  • Sesetengah orang tidak menghadapi kesakitan manakala segelintir orang akan mengalami kesakitan dibelakang telinga untuk beberapa hari.
  • Anda juga akan kedengaran suara/ bunyi dengan kuat walaupun bunyi itu tidak terlalu kuat.
  • Deria rasa juga akan terjejas.   

Bagaimanakah Bell’s Palsy dapat dikesan?

Tiada ujian yang benar-benar dapat menunjukkan bahawa anda mempunyai Bell’s Palsy. Doktor akan berhati-hati melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap. Gejala tidak boleh menutup kelopak mata anda dan lain-lain akan membantu doktor untuk mengesahkan kondisi ini sebagai Bell’s Palsy. Doktor juga akan melakukan pemeriksaan pendengaran dan stabiliti. Semua pemeriksaan membantu menjelaskan diagnosis dan boleh membantu meramalkan tahap pemulihan anda.

Rawatan fisioterapi sangat digalakkan untuk merangsang otot yang lemah dan menguatkan otot di muka sekaligus membantu dalam meningkatkan kemahiran kordinasi.

Sebelum rawatan dijalankan pemeriksaan rapi akan dilakukan terlebih dahulu bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial