Total Knee Replacement

Total knee replacement (TKR) atau dikenali sebagai pembedahan menukar sendi lutut. Ia adalah peluang terakhir yang diambil oleh pesakit untuk sembuh dari sakit lutut yang berpanjangan. Sekiranya pesakit bersetuju untuk menjalani pembedahan TKR, pesakit disarankan untuk melakukan senaman persedian sebelum dan selepas pembedahan untuk mencapai tahap kesihatan lutut yang optimal.

Apakah Pembedahan Tukar Sendi Lutut ”Total Knee Replacement (TKR)”?

Pembedahan penukaran sendi lutut ialah pembedahan di mana permukaan tulang rawan (cartilage) pada sendi lutut yang rosak dibuang dan digantikan dengan implant. Implant yang digunakan biasanya dibuat daripada aloi Titanium. Ia adalah pembedahan yang disediakan oleh doktor untuk kes kerosakan sendi lutut terutamanya akibat Osteoarthritis (OA).

Jenis-jenis penyakit arthritis ialah:

Penyebab sakit lutut kronik dan kecacatan yang paling biasa terjadi adalah arthritis. Walaupun terdapat banyak jenis arthritis, kebanyakkan sakit lutut disebabkan osteoarthritis, rheumatoid arthritis dan arthritis pasca trauma.

1.Osteoarthritis

Adalah peradangan kronis pada sendi akibat kerusakan pada tulang rawan. Osteoarthritis adalah keadaan dimana permukaan tulan rawan(cartilage) sendi rosak. Kesakitan pada sendi lutut terutamanya semasa berjalan, sendi lutut menjadi bengkok (varus vagus) dan sendi lutut berbunyi dan rasa sakit apabila digerakkan,semasa berjalan (crepitus), dan menurun tangga.

2.Rheumatoid arthritis

Penyakit autoimmun yang melbatkan sistem muskuloskeletal di mana terdapat radang kepada sendi-sendi. Menyebabkan sendi-sendi menjadi bengkak,sakit dan kaku. Lama kelamaan jika penyakit ini tidak dirawat, sendi akan menjadi rosak dan hilang keupayaan.

3.Arthritis pasca trauma(Post traumatic arthritis)

Ini boleh berlaku akibat kecederaan lutut yang serius. Keretakan tulang di sekitar lutut atau lapisan cecair ligamen lutut boleh merosakkan tulang rawan artikular dari masa ke masa, menganggu pergerakan lutut dan menyebab sakit lutut.

Apakah tujuan pembedahan ini dilakukan?

Tujuan utama penukaran sendi ini dilakukan ialah bagi:

  1. Menghilangkan kesakitan pada sendi lutut
  2. Membetulkan lutut yang bengkok (correction of knee alignment)
  3. Memastikan tekanan yang sekata pada sendi semasa berjalan

Apakah risiko atau komplikasi yang boleh berlaku jika pembedahan ini dilakukan?

Terdapat beberapa komplikasi yang boleh terjadi semasa dan selepas pembedahan. Antaranya:

  1. Jangkitan kuman
  2. Sendi menjadi ketat atau longgar
  3. Kecederaan pada ligamen, saraf dan salur darah
  4. Risiko Pembiusan

FISIOTERAPI

Panduan Senaman Untuk Pesakit TKR (Total Knee Replacement)

Untuk memastikan proses penyembuhan anda selamat, pastikan setiap senaman yang dilakukan mendapat tunjuk ajar oleh fisioterapi.

Senaman Awal Selepas Pembedahan

  • Senaman awal dapat membantu meningkatkan peredaran darah ke kaki anda, di mana ia penting bagi mengelakkan berlakunya darah beku selepas pembedahan.
  • Selain itu ia juga dapat membantu menguatkan otot kaki anda dan meningkatkan julat pergerakan lutut anda.
  • Mulakan senaman seawal yang boleh. Anda boleh memulakan senaman sebaik sahaja anda menjalani pembedahan.
  • Pada mulanya anda mungkin akan merasa kurang selesa, tetapi senaman ini dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan ia juga dapat menghilangkan rasa sakit selepas pembedahan.

Quadriceps Sets

  • Senaman ini bertujuan menguatkan otot paha anda.
  • Dalam posisi baring, kaki lurus.
  • Tekan lutut anda ke bawah.
  • Tahan posisi ini selama 5-10 saat.
  • Ulangi senaman ini sebanyak 10 kali dan rehat selama 1 minit dan ulangi senaman ini sehingga otot paha anda merasa letih.

Straight Leg Raises

  • Senaman ini juga bertujuan menguatkan otot paha anda.
  • Dalam posisi baring, kaki lurus.
  • Angkat kaki anda dari katil beberapa inci dan pastikan lutut anda dalam keadaan lurus.
  • Tahan posisi ini selama 5 ke 10 saat dan dengan perlahan-lahan turunkan kaki anda.
  • Ulangi senaman ini sehingga anda mula merasa penat.
  • Teruskan melakukan senaman ini sehingga kekuatan otot paha anda kembali.

Ankle Pumps

  • Gerakkan kaki anda ke atas dan ke bawah.
  • Dalam posisi baring, kaki lurus.
  • Lakukan senaman ini selama 2 ke 3 minit, 2 atau 3 minit setiap satu jam.
  • Lakukan senaman ini sehingga bengkak pada bahagian buku lali kaki anda surut.

Bilakah masa yang sesuai pesakit(TKR) untuk kembali pulih?

Anda biasanya akan dibenarkan pulang selepas hari ketiga pembedahan. Ia bergantung kepada beberapa faktor iaitu anda tidak demam, luka anda bersih, sakit yang minima dan anda telah mampu berjalan.

Segera rujuk doktor atau pakar

Dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan fisioterapi atau pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami kecederaan pada lutut.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu (Temujanji Sahaja) 20:00 – 22:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (Customer Service)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jalan Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

CAWANGAN MELAKA:

No 46, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Peringgit, Melaka.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.