KECEDERAAN LIGAMEN: PUNCA, SIMPTOM DAN RAWATAN FISIOTERAPI

Ligamen merupakan tisu berserat yang sangat kuat dan elastik dimana ia menyambungkan bahagian tulang dengan tulang. Fungsi ligamen ialah membenarkan pergerakan terhad secara pasif antara tulang. Kecederaan ligamen ini sering berlaku kepada atlet dan melibatkan pelbagai kawasan seperti lutut, bahu, kaki dan lain-lain.

Kecederaan ligamen pada lutut dan pergelangan kaki menunjukkan purata tertinggi disebabkan hampir kesemua sukan melibatkan pergerakan kaki. Kecederaan ligamen ini boleh berlaku apabila pergerakan yang dilakukan melebihi kemampuan bergerak, dimana ligamen tersebut akan ditarik dan memungkin kebarangkalian untuk cedera atau koyak. Rekod menunjukkan ACL dan Ankle Sprain mencatatkan rekod terbanyak kes kecederaan sukan.

TAHAP KECEDERAAN LIGAMEN

Kecederaan ligamen terbahagi kepada 3 tahap:

Tahap 1: Ligamen terseliuh atau koyak ringan

Tahap 2: 50% daripada ligamen koyak

Tahap 3: Ligamen koyak sepenuhnya

KECEDERAAN LIGAMEN YANG SERING BERLAKU

  • ACL (Anterior Cruciate Ligament)

Merupakan salah satu ligamen yang berada di lutut yang menyambungkan bahagian peha dan juga bahagian betis. Fungsi ACL ini adalah untuk menstabilkan lutut terutama sewaktu pergerakan pivot atau pusingan. Disebabkan itu, kebanyakan kes ACL melibatkan pergerakan twisting, ‘change direction’ dan landing. Ia kerap berlaku kepada pemain bola sepak, ragbi dan futsal (paling tinggi).

Fakta ACL

Purata menunjukkan 10% kecederaan ACL membabitkan pemain professional manakala selebihnya adalah dalam kalangan penggemar sukan dan yang belum bersedia untuk aktiviti lasak.Dan risiko pemain perempuan 3X lebih tinggi berbanding pemain lelaki.

  • Ankle sprain 

Ankle Sprain adalah kecederaan pada tisu (ligamen) yang membalut sendi kaki dan menyambungkan tulang betis dan tulang pada bahagian tapak kaki.

Biasanya terjadi apabila melakukan pusingan secara tiba-tiba dalam keadaan yang postur badan dan kaki yang salah. Pergerakkan spontan dan secara insiden ini memaksa bahagian kaki keluar daripada posisi normalnya mengakibatkan regangan secara berlebihan, atau luka koyakkan ke atas ligamen. Masalah ini juga antara masalah-masalah yang kerap berlaku sewaktu bersukan.

  • Kecederaan PCL
  • Tempurung kepala lutut teralih (Patella dislocation)
  • Bahu terseliuh (Shoulder dislocation)

SIMPTOM-SIMPTOM KECEDERAAN LIGAMEN

  • Rasa sakit/ ketidakselesaan apabila meletakkan berat pada kaki
  • Bengkak pada kaki terutamanya bahagian buku lali
  • Perubahan warna kulit/ lebam
  • Sakit apabila ditekan
  • Pergerakan kaki menjadi terhad
  • Rasa tidak stabil apabila berpijak/ berdiri/ berjalan

RAWATAN YANG BOLEH DILAKUKAN DI RUMAH

Masalah ini boleh dirawat di rumah jika tidak serius. Malah kebanyakan daripada kes ini baik dengan hanya melakukan perkara perkara dibawah.

Bagi rawatan dirumah, pesakit boleh mencuba:

  • Letak ais pada tapak kaki
  • Mengambil ubat tahan sakit di farmasi
  • Elakkan daripada bersukan selagi tidak sembuh.

RAWATAN FISIOTERAPI

Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

  1. Pemeriksaan rapi oleh anggota terapi
  2. Rawatan Manual
  3. Soft Tissue Manipulation
  4. Myofascia Release
  5. Joint Mobilization
  6. Mulligan technique
  7. Senaman regangan
  8. Senaman menguatkan otot
  9. Pembetulan postur

Rawatan Fisioterapi juga merangkumi sebelum dan selepas pembedahan yang menggantikan semula ligamen baru sebagai contoh ACL Reconstruction.

  • Scar Tissue Management
  • Range of Motion Exercise
  • PNF Strengthening
  • Gait Training

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu (Temujanji Sahaja) 20:00 – 22:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (Customer Service)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jalan Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

CAWANGAN MELAKA:

No 46, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Peringgit, Melaka.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.