SAKIT BELAKANG: PUNCA, SIMPTOM DAN RAWATAN FISIOTERAPI
Sakit Belakang merupakan masalah yang kerap berlaku dalam setiap masyarakat. Rekod mencatatkan bahawa sebanyak 80% daripada masyarakat akan, sedang dan pernah mengalami sakit belakang. Sakit belakang adalah masalah yang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan. kebiasaanya di bahagian bawah belakang badan.
PUNCA SAKIT BELAKANG
Sakit Belakang merupakan masalah yang kerap berlaku dalam setiap masyarakat. Rekod mencatatkan bahawa sebanyak 80% daripada masyarakat akan, sedang dan pernah mengalami sakit belakang. Sakit belakang adalah masalah yang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan. kebiasaanya di bahagian bawah belakang badan.
- Masalah pada otot:
- Otot tergeliat
- Otot terkoyak
- Otot yang letih
- Masalah pada tulang:
- Disc yang terkeluar atau pecah
- Disc yang sudah haus
- Retak, patah atau pecah pada bahagian tulang belakang
- Tulang yang cacat
- Kanser tulang
- Lain-lain punca:
- Kedudukan badan/posture yang tidak betul
- Penyakit Radang Pelvik (Pelvic Inflammatory Disease, PID)
- Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
- Penyakit batu karang
- Psikologi
- Stress
Berikut merupakan antara kes-kes yang kerap berlaku yang boleh menyebabkan masalah sakit belakang:
1. Slip Disc
Masalah ini berlaku apabila ruas atau disc tulang belakang(intervertebral disc) terkeluar/teralih daripada tempatnya. Hal ini disebabkan oleh lapisan luar kapsul untuk ruas tulang belakang itu koyak. Hal yang akan menyebabkan bahagian dalam ruas tersebut terkeluar dan membentuk benjolan lalu ia akan menghimpit pada bahagian saraf pada kawasan tersebut.
Hal ini akan mengakibatkan sakit pada kawasan tersebut malah ia akan menjalar ke arah kawasan yang terbabit dengan saraf tersbut antaranya pada bahagian peha dan betis.
2. Penuaan ruas tulang belakang
Apabila kita meningkat usia, akan berlaku proses penuaan pada ruas tulang belakang. Hal ini akan menyebabkan isipadu ruas tulang belakang semakin berkurangan dan akan menyebabkan fungsinya untuk menyerap hentakan semakin berkurangan.
Ini akan mnyebabkan pergeseran berlaku antara tulang tersebut dan ia akan menyebabkan kesakitan pada kawasan tersebut.
4. Radang Sendi Sacroiliac
Sendi sacroiliac merupakan sendi pada pinggul. Ia terbentuk daripada gabungan 2 tulang iaitu tulang sacrum dan tulang ilium.
Radang atau kecederaan boleh terjadi disebabkan oleh trauma, arthritis dan juga kehamilan.
5. Spondylolysis
Merupakan kondisi diaman berlakunya ‘stress fracture’ atau patah pada kawasan pars interarticularis pada lengkukan tulang belakang. Kebanyakan daripada kes ini berlaku pada kawasan L5. dan ia juga boleh berlaku di area tulang cervical.
6. Spondylolisthesis
Keadaan ini berlaku apabila bahagian atas tulang belakang tergelincir ke hadapan menyebabkan saraf tunjang belakang dihimpit.
7. Kecederaan selepas kemalangan ataupun bersukan
Impak yang tinggi sewaktu bersukan atau kemalangan boleh menyebabkan kecederaan pada tissu otot.
8. Gaya hidup
Gaya hidup yang tidak sihat juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah sakit belakang.
- Jarang bersenam
- Obesiti atau Berat badan yang berlebihan
- Tidak duduk pada postur yang betul
- Merokok
- Kerap mengangkat barang berat terutama dengan postur yang tidak betul.
- Penggunaan kasut tumit tinggi
9. Keradangan sendi
Terdapat beberapa penyakit yang boleh boleh menyebabkan keradangan pada bahagian sendi tulang belakang dan selalunya penyakit ini adalah penyakit autoimun. Sebagai contoh penyakit autoimun adalah seperti ‘Rheumatoid Arthritis’, ‘Ankylosing spondylosis’ dan ‘Systemic lupus erythematosus’.
10. Mengandung
Ibu yang mengandung juga mempunyai kebarangkalian untuk mengalami sakit belakang. Ini kerana beban yang bertambah menyebabkan tekanan pada tulang belakang itu sendiri.
SIMPTOM
KELEBIHAN KAMI
MERAWAT MENGIKUT JANTINA
RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA
KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH
PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK
KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA
WAKTU OPERASI
Sabtu – Khamis | 9:00 – 18:00 |
Isnin – Rabu (Temujanji Sahaja) | 20:00 – 22:00 |
Jumaat | TUTUP |
014-910 1310 (Customer Service)
LOKASI KAMI
CAWANGAN NILAI:
No. 3G, Jalan Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
CAWANGAN JOHOR BAHRU:
No. 26, Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.
CAWANGAN MELAKA:
No 46, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Peringgit, Melaka.