Tulang Bengkok atau Scoliosis
Tulang belakang bengkok atau ‘Scoliosis’ merupakan kondisi yang kebiasaannya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Jika penyakit ini tidak dikesan dengan lebih awal, ianya akan menyebabkan kesan yang lebih serius. Malahan, ianya juga boleh mendatangkan pelbagai komplikasi yang teruk untuk jangka masa yang panjang.
Apa itu ‘Scoliosis’?
‘Scoliosis’ merupakan penyakit atau kondisi di mana tulang belakang seseorang itu bengkok ke kiri atau ke kanan. Malahan bukan sahaja ia membengkok ke tepi, tetapi tulang belakang tersebut juga akan berputar pada paksi vertikalnya.
‘Scoliosis’ lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita iaitu sebanyak 2 peratus berbanding lelaki hanya 0.5 peratus.
Jenis-jenis ‘Scoliosis’ :
1. Congenital Scoliosis: Disebabkan oleh kecacatan kelahiran dan hanya berlaku pada 1/10000 bayi yang baru lahir.
2. Degeneratif Scoliosis: Terjadi ketika seseorang itu sudah meningkat dewasa. Kebiasaannya disebabkan oleh kerosakan disk.
3. Neuromuscular Scoliosis: Berlaku disebabkan oleh gangguan pada otak, saraf tunjang dan sistem otot.
4. Idiopathic Scoliosis: Berdasarkan kajian daripada American Association of Neurological Surgeons (AANS), sebanyak 80% kes skoliosis adalah idiopatik.
Idiopathic Scoliosis dibahagikan lagi kepada beberapa jenis berdasarkan peringkat umur:
- Infantile: Scoliosis yang dikesan ketika bayi lahir sehingga mereka berusia 3 tahun.
- Juvenile: Scoliosis yang dikesan pada umur 3 hingga 10 tahun.
- Adolescent: Scoliosis yang dikesan pada umur 10 tahun ke atas dan paling kerap berlaku.
Tanda-tanda seseorang mengalami ‘Scoliosis’ :
1. Paras bahu yang tidak sama tinggi.
2. Sebelah bahagian tulang belikat lebih tinggi dari sebelah yang lain.
3. Sebelah bahagian tulang belikat kelihatan lebih jelas berbanding sebelah yang lain.
4. Posisi pinggang sebelah kanan dan kiri tidak sama paras.
5. Apabila membongkok ke hadapan, bahagian belakang tidak lurus dan tidak sama paras antara belakang kanan dan kiri.
Simptom atau gejala yang dialami :
1. Sakit belakang dan selalu rasa lenguh: Ini disebabkan oleh ketidakseimbangan otot belakang di mana terdapat otot yang lemah dan otot yang tegang.
2. Rasa kebas atau lemah pada kaki: Dalam kes yang lebih serius, seseorang yang mempunyai Scoliosis akan mengalami simptom kebas dan lemah kaki. Ini disebabkan terdapatnya himpitan pada saraf oleh otot sekitar yang tegang (muscle spasm) dan juga sendi tulang belakang yang ketat (joint stiffness).
3. Kesukaran pernafasan: Jika kebengkokkan pada tulang belakang sangat ketara, akan ada satu masa di mana scoliosis ini jugak boleh mengganggu fungsi kardiovaskular (paru-paru dan jantung).
Punca dan penyebab ‘Scoliosis’ :
1. Cerebral Palsy: Kondisi yang berlaku akibat kerosakan otak yang terjadi semasa di dalam kandungan, semasa lahir atau selepas kelahiran.
2. Muscular Dystrophy: Ia adalah kumpulan penyakit keturunan di mana otot-otot yang mengawal pergerakan menjadi lemah.
3. Kecacatan kelahiran: Terdapat masalah kecacatan yang berlaku pada tulang belakang bayi, seperti Spina Bifida.
4. Jangkitan kuman: Berlakunya kecederaan dan jangkitan pada tulang belakang.
5. Ketumbuhan / Tumor: Terdapat ketumbuhan atau tumor pada tulang belakang, seperti Osteoid Osteoma.
6. Penyakit genetik: Mengalami penyakit genetik, seperti Marfan Syndrome dan Down Syndrome.
Rawatan bagi mereka yang mengalami ‘Scoliosis’ :
1. Fisioterapi: Jika sudut kebengkokkan tulang belakang (Cobb angle) masih di bawah 30 darjah, pesakit kebiasaannya akan dirujuk kepada ahli fisioterapi. Antara rawatan yang akan diberikan termasuklah rawatan teknik manual yang berfungsi untuk melembutkan otot-otot yang tegang dan juga mengurangkan ketat pada sendi tulang belakang. Senaman juga akan diajar bagi tujuan meregangkan dan menguatkan semula otot yang terlibat.
2. Pemakaian ortosis: Bagi Scoliosis yang masih dalam magnitud 25-40 darjah, dan pesakit masih dalam peringkat usia yang awal (seperti kanak-kanak dan awal remaja) atau masih membesar, pemakaian ortosis sangat disyorkan bagi mengelakkan tulang belakang semakin membengkok.
3. Pembedahan: Pembedahan kebiasaannya akan dilakukan apabila sudut kebengkokkan tulang belakang melebihi 40 darjah.
Segera rujuk doktor atau pakar
Dinasihatkan untuk segara berjumpa dengan pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami tanda dan gejala seperti yang disebutkan.
KELEBIHAN KAMI
MERAWAT MENGIKUT JANTINA
RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA
KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH
PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK
KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA
WAKTU OPERASI
Sabtu – Khamis | 9:00 – 18:00 |
Isnin – Rabu (Temujanji Sahaja) | 20:00 – 22:00 |
Jumaat | TUTUP |
014-910 1310 (Customer Service)
LOKASI KAMI
CAWANGAN NILAI:
No. 3G, Jalan Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
CAWANGAN JOHOR BAHRU:
No. 26, Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.
CAWANGAN MELAKA:
No 46, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Peringgit, Melaka.