WHATSAPP KAMI

Sakit bahu adalah keadaan yang mengganggu aktiviti kehidupan harian. Sakit bahu juga adalah antara ketidakselesaan yang paling biasa terjadi lebih-lebih lagi di kalangan orang dewasa. Sakit bahu boleh berlaku dari pelbagai sebab antaranya adalah trauma dan kecederaan. Kecederaan bagi sakit bahu juga dikelaskan kepada beberapa kategori iaitu:

  • Kecederaan mengejut

  • Kecederaan dari kegunaan bahagian bahu yang melampau

  • Kecederaan selain dua faktor di atas

  • Lebam

  • Tendon yang cedera, yang menghubungkan otot ke tulang

  • Ligamen yang cedera, yang membantu mengekalkan kestabilan sendi bahu

  • Saraf yang cedera

  • Koyakan rotator cuff, yang berlaku apabila mana-mana empat tendon yang menutup sendi bahu rosak

  • Tulang yang terkehel

  • Tulang yang patah

  • Terseliuh

Kecederaan mengejut boleh mengakibatkan lebam atau bengkak segera. Selain itu, rasa kesemutan atau kebas juga berlaku jika kecederaan itu mengakibatkan kehimpitan saraf atau kerosakan pada saluran darah rosak.

  • Bursitis, iaitu radang pada kantung cecair yang berfungsi untuk melindungi dan melincirkan sendi bahu.

  • Tendinitis, iaitu radang pada tendon.

  • Ketegangan otot.

  • Bahu beku (frozen shoulder)

  • Sindrom impingement, iaitu apabila pergerakan lengan di atas kepala memaksa tendon bergesel dengan sebahagian daripada tulang belikat, yang boleh menyebabkan tendon rotator cuff menjadi radang.

  • Postur tidak betul

  • Osteoartritis

  • Disk hernia

  • Pengumpulan kalsium

  • Jangkitan

  • Terapi manual

Terapi manual adalah adalah sejenis terapi fizikal yang melibatkan cara pemeriksaan dan rawatan menggunakan tangan. Teknik terapi manual yang biasa dijalankan adalah tarikan, urutan, regangan dan lain-lain.

  • Senaman

Teknik rawatan fisioterapi melalui senaman lebih menumpukan kepada pengurangan rasa sakit dan penambahbaikan kekuatan fizikal dan kebolehfungsian anggota badan. Matlamat rawatan fisioterapi bahu adalah bagi memperbaiki postur dan merangsangkan julat gerakan.

  • Terapi Haba & Sejuk

Terapi ini sesuai bagi kesakitan akut (mengejut) atau kecederaan. Cara yang dicadangkan adalah dengan meletakkan pek sejuk di atas kawasan yang sakit atau cedera sekurang-kurangnya selama 20 minit. Selepas rawatan sejuk, pek haba pula boleh diletakkan ke atas kawasan tersebut selama sekurang-kurangnya 15 minit. Pek panas/sejuk perlu dipastikan supaya tidak mengenai kulit. Terapi haba dan sejuk secara bergilir-gilir boleh memberikan kelegaan segera, mengurangkan kesakitan, kekakuan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

  • Stimulasi saraf

Kajian terkini menunjukkan bahawa Stimulasi Saraf Periferi (saraf di sekitar kawasan otak dan tulang belakang) adalah kaedah yang berkesan untuk merawat sakit bahu akut atau kronik. Sebuah peranti elektrik kecil diletakkan berdekatan dengan saraf periferi. Apabila peranti ini menghasilkan arus elektrik, anda mungkin merasai kebasan ringan. Perasaan ini akhirnya menggantikan rasa sakit.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu (Temujanji Sahaja) 20:00 – 22:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (Customer Service)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jalan Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jalan Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

CAWANGAN MELAKA:

No 46, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Peringgit, Melaka.