Sakit Belakang Sewaktu Hamil

Hampir majoriti wanita yang hamil pasti pernah mengalami sakit belakang terutamanya pada bahagian pinggang dan juga pinggul. Disebabkan oleh itu, ia akan mengganggu aktiviti harian, malah turut mengganggu keselesaan ketika tidur di waktu malam.

Fakta menganggarkan seramai 50%-70% daripada jumlah keseluruhan wanita akan mengalami sakit belakang apabila hamil.

Masalah ini bukan sahaja dialami pada awal kehamilan, terdapat juga kes sakit belakang yang dialami pada fasa pertengahan atau akhir kehamilan. Ianya adalah normal, tetapi jika rasa sakit pada belakang dan pinggul terlalu kuat dan masih tidak berkurangan walaupun anda sudah berehat, seeloknya lakukanlah pemeriksaan dan dapatkanlah rawatan dengan pakar yang bertauliah.

Risiko sakit belakang dan pinggul akan semakin meningkat jika wanita hamil tersebut:

  1. Mempunyai berat badan berlebihan
  2. Hamil ketika usia 30 ke atas
  3. Kali kedua kehamilan
  4. Hamil anak kembar

Punca-punca sakit belakang dan pinggul ketika hamil

1. Perubahan hormon: Wanita yang hamil akan mengalami banyak perubahan hormon, di mana ia berfungsi untuk melembutkan dan melenturkan ligamen pada untuk memudahkan proses kelahiran. Kesan dari ini, tulang punggung akan meregang dan memperngaruhi beban tulang belakang.

2. Penambahan berat badan: Apabila berat badan bertambah, tekanan pada otot belakang juga akan meningkat dan ini yang menyebabkan ketidakselesaan berlaku.

3. Perubahan pusat graviti: Dalam trimester ketiga, rahim wanita yang hamil akan semakin mengembang dan bertambah besar. Ini akan mempengaruhi kedudukan pusat graviti di mana ia akan berubah ke hadapan. Keadaan ini tanpa disedari akan menyebabkan perubahan postur bagi wanita hamil seperti menunduk dan membongkok.

Cara-cara untuk melagakan dan merawat sakit belakang dan pinggul

1. Senaman: Lakukan beberapa senaman regangan untuk bahagian belakang, pinggang dan pinggul bagi mengurangkan tekanan pada otot dan tulang belakang sekaligus membantu dalam memberikan kelegaan bagi masalah yang dialami.

2. Urutan: Ambil masa untuk berehat dan urut pada bahagian yang sakit dan tidak selesa secara lembut dan perlahan-perlahan. Ini dapat membantu meningkatkan peredaran darah pada bahagian yang sakit dan mengurangkan tegang pada bahagian otot.

3. Posisi tidur yang betul: Jika tidur dalam keadaan mengiring, letakkan bantal lembut pada kaki dan di sisi bawah perut. Ia berfungsi untuk menyokong tubuh dan memberi keselesaan.

4. Tuam: Gunakan ‘hot pack’ dan tuam pada bahagian yang tidak selesa seperti belakang, piggang atau pinggul selama 15 minit. Ia membantu memberikan kelegaan dan meningkatkan peredaran darah.

5. Menggunakan ‘maternity belt’: ‘Maternity belt’ membantu dalam menyokong tulang belakang dan memberikan postur tubuh yang lebih baik. Sekaligus mengurangkan rasa sakit pada belakang dan juga pinggul.

6. Pemakaian kasut yang sesuai: Elakkan daripada memakai kasut yang bertumit tinggi dan tidak selesa kerana ia akan mengurangkan sokongan terhadap pusat graviti dan mengganggu postur tubuh.

7. Rehat yang cukup: Dapatkan rehat yang cukup dan elakkan daripada stres yang melampau. Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang.

Rujuk doktor atau yang pakar jika terlalu sakit

Jika sakit yang dialami bertambah teruk dan tidak berkurangan walaupun sudah mendapatkan rehat yang cukup, lakukanlah pemeriksaan dan dapatkanlah rawatan dengan segera.

Masalah Sciatica dan kehamilan

Sebilangan kecil wanita yang hamil akan mengalami masalah Sciatica, iaitu berlakunya himpitan pada saraf sciatic.

Simptom yang akan dialami apabila wanita hamil mengalami masalah sciatica adalah rasa sakit pada bahagian pinggang atau pinggul sehingga menjalar ke bahagian kaki.

Boleh cuba lakukan senaman ini bagi wanita hamil yang mengalami simptom ini.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu 18:00 – 20:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.