PARKINSON

Parkinson: Simptom, Komplikasi dan Rawatan Fisioterapi

Penyakit Parkinson adalah satu penyakit saraf yang boleh berlaku di kalangan warga emas.

Definasi: Ia disebabkan oleh kerosakkan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin.

Epidemologi: Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.

Tanda & Simptom Parkinson

4 Tanda dan Simptom utama:

  • Menggeletar (pada jari, tangan, kaki, rahang dan / atau muka)
  • Kaku pada anggota badan (tangan, kaki dan / atau tubuh badan – Rigidity)
  • Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)
  • Masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.

Simptom awal mungkin tidak jelas. Apabila penyakit bertambah serius simptom ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan harian.

Setakat ini tiada pemeriksaan makmal untuk diagnosa penyakit ini.

Komplikasi

Fizikal:

  • Jatuh
  • Pening /Ketidakseimbangan apabila posisi badan berubah secara tiba-tiba.
  • Sembelit
  • Kesukaran penelanan (dysphagia)
  • Kesukaran pertuturan (dysarthria)
  • Kegagalan kawalan pundi kencing dan saluran perkumuhan
  • Kudis tekanan
  • Turun berat badan

Psiakiatri:

  • Masalah emosi seperti:
    1. kemurungan
    2. keresahan
  • Fungsi otak terjejas seperti:
    1. Ingatan
    2. Proses pemikiran
    3. Kewarasan membuat keputusan
    4. Pertimbangan
    5. Tanggapan / persepsi
    6. Masalah tidur

Sosial:

  • Kehilangan kebolehan berdikari, pengasingan dan stres penjaga

Pencegahan

Langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan masalah ini berlaku masih tidak dapat dibuktikan secara terperinci lagi.

Namun, beberapa kajian menunjukkan senaman aerobik dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit Parkinson ini. 

Ada juga kajian yang menunjukkan pengambilan kafein yang terdapat dalam kopi, teh dan nescafe boleh mengurangkan risiko diserang penyakit Parkinson. Walau bagaimana pun, masih belum mempunyai bukti yang cukup untuk mengatakan bahawa minum kafein mampu mengelakkan penyakit Parkinson.

Terdapat pelbagai cara dalam merawat pesakit yang mengalami masalah parkinson ini. Antaranya:

1. Latihan seimbangan
2. Gait training atau cara berjalan
3. Koordinasi
4. dan sebagainya.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial