Trigger finger adalah suatu kondisi dimana pesakit akan mengalami kekejangan, kesakitan dan jari anda terkunci (catching or locking). Pesakit ini akan mengalami simptom seperti berikut ketika membengkokkan dan meluruskan jari tangan.
Ia juga boleh berlaku pada mana-mana jari yang lain. Ia berlaku kerana terdapat pembentukan nodul yang menyebabkan ia tersangkut pada pangkal jari dan menyukarkan jari untuk lurus.
Punca-punca trigger finger
Rheumatoid arthritis, gout, dan diabetes berisiko tinggi untuk mendapat kondisi ini.
Penggunaan tangan yang lasak seperti kerap menggenggam dengan kuat boleh menyebabkan berlakunya trigger finger.
Tanda & Simptom
Sakit pada pangkal jari ketika meluruskan jari. Jika dibiarkan dengan keadaan bengkok, lama-kelamaan mungkin tidak dapat diluruskan lagi.
Bengkak.
Kaku (stiffness) pada waktu pagi.
Rasa tidak selesa pada pangkal jari.
Senaman dan Rawatan yang sesuai
Guna splint pada jari yang terlibat pada waktu malam ketika tidur.