Sakit yang Menjalar dari Punggung Hingga ke Betis?

Sakit Menjalar Dari Punggung Hingga ke Betis

Anda Sakit menajalar dari punggung hingga ke betis? Mesti anda semua masih tertanya tanya kenapa dan macam manakah boleh terjadi. Di sini saya akan menceritakan kenapa dan bagaimana untuk menghilangkan sakit itu.

Piriformis Syndrome adalah satu kondisi di mana otot piriformis menekan saraf sciatic. Apa itu saraf sciatic? Saraf sciatic ini adalah saraf yang besar yang terletak di bahagian bawah punggung hingga ke kaki anda.

Otot piriformis berada dari bahagian bawah tulang belakang hingga ke atas tulang paha. Otot ini adalah untuk pergerakan untuk pinggul dan kaki.

 

Macam Mana boleh Terjadi?

Puncanya terjadi Piriformis Syndrome apabila otot pada bahagian punggung ‘Piriformis Muscle‘ menjadi keras ataupon dipanggil Muscle Spasm. Otot yang keras inilah adalah punca kita berasa sakit apabila buat pergerakan di kaki atau di punggung dan sakit punggung hingga ke betis

 

Gejala Piriformis Sindrom

  • Kebas di bahagian pinggul hingga hujung kaki
  • Sendi di bahagian pinggul menjadi ketat
  • Sakit di bahagian pinggul bila duduk dalam jangka masa yang panjang
  • Sakit kejutan elektrik dari bahagian pinggul hingga hujung kaki

 

Bagaimana fisioterapi boleh membantu masalah anda

Jika anda mengalami gejala seperti di atas, anda boleh berjumpa dengan Doktor atau Physiotherapist untuk melakukan rawatan.

Antara senaman yang Physiotherapist akan ajar untuk dilakukan di rumah!

Piriformis Stretch

  1. Anda perlu berada di dalam posisi baring
  2. Satu kaki anda perlulah lipat dan letakkan di sebelah kaki yang berlainan
  3. Tangan anda hendaklah menarik kaki yang tidak lipat ke atas, tarik ke dada
  4. Tahan 15 saat, ulang 3 hingga 5 kali

Dinasihatkan untuk segara berjumpa dengan pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami tanda dan gejala seperti yang disebutkan.

PERLUKAN BANTUAN UNTUK MASALAH SAKIT ATAU PERGERAKAN?

Kami sedia bantu anda faham masalah yang dialami dan cadangkan langkah rawatan yang sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN

Lutut berbunyi? Adakah ianya perlu dibimbangkan?

Untuk pengetahuan semua, dari aspek medikal, bunyi klik pada sendi...

Kecederaan ACL: Bunyi ‘Pop’ Di Lutut Seolah Mimpi Ngeri Buat Ramai Atlit

Kecederaan ACL (Anterior Cruciate Ligament) Kecederaan ACL pada lutut atau...

Scroll to Top