Tak Sangka Lepas buat 3 Senaman Ni Sakit Tapak Kaki Dah Hilang! Kalau Tidak Nak Berjalan Pun Susah!

3 Senaman yang Membantu Masalah Sakit Tapak Kaki

Sakit tapak kaki adalah antara masalah yang sering kita dengar berlaku pada ramai orang. Ia akan berlaku sekurang kurangnya sekali seumur hidup.

Oleh itu, sebaiknya kita perlu tahu sebaiknya punca dan cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Ketika berjalan, berdiri atau berlari tapak kaki merupakan kawasan yang akan tampung keseluruhan berat badan kita. Oleh itu, kawasan tersebut merupakan kawasan yang sangat terdedah dengan kecederaan akan kerana kawasan tersebut kerap menerima tekanan yang tinggi daripada badan.

Sakit tapak kaki ini bukan sahaja dialami pada bahagian tapak sahaja malah bahagian tapak jari atau kawasan tumit

“Plantar Fasciitis” merupakan antara penyebab utama masalah sakit tapak kaki/ tumit. Tapi bukan semuanya sakit tumit itu adalah plantar fasciitis.

“Plantar fasciitis” berlaku akibat daripada keradangan pada tissu yang dikenali sebagai fascia yang menghubungkan tumit dengan jari-jari kaki.

Symptom utamanya ialah sakit yang menyucuk di tapak kaki, terutamanya tumit. Sakit ini sangat kuat pada waktu pagi ketika bangkit daripada tidur dan berkurangan sedikit demi sedikit menjelang petang.

 

Punca Sakit Tapak Kaki

Gaya hidup

  1. Aktif Bersukan: Atlet atau ahli sukan berisiko tinggi mendapat masalah sakit pada tapak kaki. Hal ini disebabkan oleh aktiviti mereka yang memerlukan kepada daya yang tinggi. Risiko akan bertambah jika bersukan dan tidak melalukan panas badan dan senaman regangan yang secukupnya.
  2. Penggunaan Kasut yang tidak sesuai: Tekanan yang tidak sama rata pada tapak kaki akan meningkatkan keberangkalian utk mengalami masalah ini. Pemakaian kasut tumit juga akan meningkatkan risiko tersebut disebabkan oleh takanan pada bahagian depan tapak kaki.

Berat Badan

  • Obesiti
  • Mengandung

Penyakit- penyakit lan

  • Kematu
  • ketuat
  • Gout

 

Perkara yang Boleh Dilakukan di Rumah

Masalah ini boleh dirawat di rumah jika tidak serius. Malah kebanyakan daripada kes ini baik dengan hanya melakukan perkara perkara dibawah.

Bagi rawatan dirumah, pesakit boleh mencuba:

  • Letak ais pada tapak kaki
  • Mengambil ubat tahan sakit di farmasi
  • Tukar insole pada kasut anda
  • Kurangkan berjalan ataupun bersukan ketika sakit

    Video Senaman Sakit Tapak Kaki

PERLUKAN BANTUAN UNTUK MASALAH SAKIT ATAU PERGERAKAN?

Kami sedia bantu anda faham masalah yang dialami dan cadangkan langkah rawatan yang sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN

Fisioterapi Stroke Ke Rumah Nilai: Pemulihan Awal Selepas Hospital

Ibu atau ayah baru sahaja keluar hospital akibat stroke dan...

Rawatan Sciatica: Punca, Simptom & Cara Rawatan Tanpa Pembedahan

Jika anda mencari rawatan sciatica di Melaka kerana sakit pinggang...

Scroll to Top