Simptom-Simptom Slip Disc. No 3 yang Ramai Masih Tak Tahu

Slip Disc

‘Prolapse intervertebral disc (PID)’ atau lebih dikenali sebagai Slip Disc merupakan antara masalah utama dan kerap berlaku dalam kalangan pesakit yang mengalami masalah tulang belakang.

Slipped disc adalah penyakit yang melibatkan masalah pada cakera intervertebra(Intervertebral disc) . Dimana berlaku pengalihan Nucleus Pulposes dari lokasi normal yang terletak di tengah tengah disk. Perkara ini yang akan menyebabkan berlakunya himpitan pada saraf dikawasan tulang belakang.

 

Struktur Cakra Invertebra

Cakera intervertebra terletak diantara tulang belakang. Ia berfungsi sebagai penyerap hentakan, menambah ketinggian dan menjadikan tulang belakang fleksibel.

Ia dikelilingi oleh lapisan fiber yang dikenali sebagai ‘Annulus fibrosus’ dan di dalamnya mempunyai ‘Nucleus polpopsus’

Koyakkan pada Annulus fibrosus akan menyebabkan nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf dikawasan tulang belakang

 

Punca Slip Disc

Terdapat beberapa faktor risiko yang dapat membawa kepada masalah ini.

  • Obesiti: Berat badan yang berlebihan akan memberikan tekanan yang tinggi pada cakera intervertebra tersebut. Tekanan tersebut yang menyebabkan cakera tersebut lebih senang untuk koyak dan cedera
  • Pekerjaan: Pekerjaan melibatkan angkat barang berisiko tinggi. Ini diakibatkan oleh tekanan yang tinggi dikenakan pada tulang belakang secara kerap.
  • Postur: Postur yang tidak betul sewaktu duduk atau mengangkat barang berat
  • Genetik: Sesetengah pesakit memang mempunyai keturunan yang senang untuk mengalami masalah tersebut

 

Simptom Slip Disc

  • Sakit pada bahagian pinggang dan menajalar ke bahagian belakang peha dan betis
  • Batuk dan bersin akan menyebabkan sakit pada bahagian pinggang.
  • Rasa kebas dan mencucuk pada bahagian kaki
  • Lumpuh ataupun lemah pada bahagian kaki
  • Kebas pada bahagian tangan jika masalah ini berlaku pada tulang belakang bahagian leher


Peranan Fisioterapi

  • Mengurangkan rasa sakit pada bahagian pinggang
  • Mengurangkan himpitan saraf yang berlaku pada disc tersebut diaman ia akan mengurangkan sakit yang menjalar pada bahagian kaki
  • Menguatkan semula otot belakang dan otot abdominal supaya mampu untuk menyokong tulang belakang
  • Membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit

Anda pernah dengar tentang SLIP DISC PULIH TANPA PEMBEDAHAN? Anda Rasa itu Mitos Atau Fakta?

Jangan Lupa untuk share post kami. Kami harap dapat bantu lebih ramai lagi orang di luar sana.

Boleh dengar perkongsian daripada fisioterapi kami.

PERLUKAN BANTUAN UNTUK MASALAH SAKIT ATAU PERGERAKAN?

Kami sedia bantu anda faham masalah yang dialami dan cadangkan langkah rawatan yang sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN

Slip Disc Tak Baik-Baik? Ketahui Rawatan Fisioterapi Slip Disc di Melaka Tengah

Pernah rasa sakit pinggang sampai turun ke kaki? Duduk lama...

Rawatan Sciatica JB: Punca, Simptom & Cara Rawat Tanpa Pembedahan

Duduk lama di pejabat di JB, tiba-tiba pinggang mula ketat...

Scroll to Top