Rehabilitasi Selepas Patah Tulang
Patah pergelangan tangan atau patah tangan adalah disebabkan tulang yang berada di dalam anggota tangan patah atau retak. Kecederaan pada pergelangan tangan dan lengan biasanya berlaku apabila seseorang itu cuba menahan diri daripada jatuh atau menerima hentakan secara terus.
Adalah penting untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin jika pergelangan tangan atau tangan yang patah (fracture). Jika tidak dapat rawatan awal, faktor untuk tulang bersambung atau sembuh akan jadi lambat, serta penjajaran (alignment) tulang tu tidak sempurna dan kemungkinan akan menjejaskan keupayaan aktiviti harian anda (activity daily).
Gejala patah
Kebanyakan patah tangan akan menunjukkan gejala yang berikutnya:
- Bengkak pada anggota terlibat.
- Kemerahan.
- Lebam pada kawasan yang cedera.
- Sakit berpanjangan.
- Pergerakkan terbatas.
- Ketidakupayaan untuk menggerakkan jari tangan.
- Pergerakan gengam dan buka tapak tangan terbatas.
Terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan. Jika mahu lebih lanjut boleh berjumpa dengan doktor anda.
PUNCA-PUNCA
Patah tangan selalunya disebabkan tekanan atau impak yang terus ke tulang. Ada beberapa punca terjadinya patah tangan ialah:
-
JatuhTerjatuh dengan posisi tangan tegak atau bengkok dapat meningkatkan risiko patah tulang di pergelangan tangan atau jari.
-
Kemalangan motor atau keretaKemalangan lalu lintas menyebabkan tulang tangan mengalami keretakan atau bahkan patah menjadi beberapa bagian.
-
Cedera olahragaBeberapa jenis olahraga, seperti sepak bola, bela diri, dan tinju, berisiko menyebabkan cedera tangan patah.
-
Kemalangan di tempat kerjaBeberapa jenis pekerjaan, misalnya pekerjaan di sektor pertanian dan industri alat berat, berisiko tinggi menyebabkan tangan patah.
JENIS-JENIS PATAH TULANG:
RAWATAN FISIOTERAPI
Rawatan patah (fracture) tulang bergantung kepada jenis dan lokasi tulang tersebut. Rawatan awal (fracture) adalah immobilisasi . Menggantung anggota yang patah boleh mengurangkan kesakitan dan kebengkakkan.
Rawatan juga boleh dibahagikan kepada rawatan konservatif ataupun secara pembedahan. Rawatan konservatif termasuk penarikkan tulang ke posisi normal dan menggunakan simen untuk memegang fraktur tersebut.
Kami sediakan video senaman untuk patah tulang di bahagian tangan tapi senaman ini boleh dilakukan selepas Simen/ P.O.P/ Casting telah dibuka oleh doktor. Jika anggota yang patah rasa sakit atau sebagainya boleh dapatkan doktor atau pegawai perubatan berdekatan dengan anda.
Segera rujuk doktor atau pakar
Segera berjumpa dengan pakar dan dapatkan rawatan jika anda atau ada kenalan anda yang mengalami tanda dan gejala seperti yang disebutkan.
KELEBIHAN KAMI
MERAWAT MENGIKUT JANTINA
RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA
KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH
PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK
KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA
WAKTU OPERASI
Sabtu – Khamis | 9:00 – 18:00 |
Isnin – Rabu | 18:00 – 20:00 |
Jumaat | TUTUP |
014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)
LOKASI KAMI
CAWANGAN NILAI:
No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
CAWANGAN JOHOR BAHRU:
No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.