Senaman untuk Knee Osteoarthritis (OA)
Pernahkah anda bangun pagi dan mendapati kedua-dua lutut anda keras dan kaku, terutamanya apabila cuaca sejuk? Pernah mendengar bunyi klik ,juga dikenali sebagai krepitus atau merasa seperti sendi lutut anda bergesel setiap kali anda menggerakkannya? Kemungkinan besar anda mengalami sejenis penyakit degeneratif yang dikenali sebagai osteoartritis yang tidak hanya terhad kepada sendi lutut osteoarthritis tetapi mungkin menyerang mana-mana sendi di badan seperti sendi bahu, sendi peha, tulang belakang, sendi jari dan sebagainya.
Apa yang berlaku pada sendi lutut osteoarthritis (OA)?
Osteoarthritis (OA) Lutut berpunca daripada proses penipisan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur dan mengakibatkan keradangan. Fungsi utama lapisan rawan ini adalah untuk menyerap daya hentakan. Dengan kondisi osteoarthritis, pergerakkan sendi akan mula kurang. Keadaan ini akan menyebabkan kesakitan dan boleh menghadkan aktiviti harian individu terbabit. Bagi golongan yang berumur, kondisi ini akan bertambah teruk disebabkan oleh pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.
Sendi lutut penghidap Osteoarthritis (OA) akan melalui beberapa perubahan seperti berikut:
- Penipisan lapisan rawan yang akan mengakibatkan ruangan antara sendi menjadi rapat.
- Penonjolan tulang (osteophytes) pada keliling permukaan sendi.
- Pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.
- Pergeseran di antara permukaan sendi yang mengakibatkan rasa sakit dengan setiap pergerakan yang membebankan sendi lutut.
Senaman atasi masalah Osteoarthritis(OA):
1.Straight Leg Raises:
- Baring telentang dan bengkokkan sebelah kaki seperti dalam video ini.
- Angkat kaki yang lurus sehingga 45 darjah dan tahan kaki anda selama 5 saat. Kemudian turunkan kaki semula dan ulang sebanyak 8-10 kali.
2. Senaman Knee Bending
- Baring dalam keadaan meniarap.
- Bawa tumit perlahan-lahan ke arah punggung dan tahan selama 15 saat.
- Ulang sebanyak 3-5 kali.
- Rujuk video
3. Senaman Inner Range Quad
-Posisi dalam keadaan duduk, satu kaki bengkok dan satu kaki melunjur kedepan.
-Letakkan tuala dibawah lutut, tekan tuala sampai kaki jadi lurus keatas.
-Ulang 8-10 kali dan tahan 5 saat seperti video ini.
4. Senaman quad knee extend
- Posisi dalam keadaan duduk, luruskan kaki keatas seperti video diatas.
- Dengan menggunakan beg pasir untuk lebih ada (resistence) pada kaki.
- Ulang senaman ini 8-10 kali dan tahan 5 saat.
Segera rujuk doktor atau pakar
Dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan fisioterapi atau pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami kecederaan pada lutut.
KELEBIHAN KAMI
MERAWAT MENGIKUT JANTINA
RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA
KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH
PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK
KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA
WAKTU OPERASI
Sabtu – Khamis | 9:00 – 18:00 |
Isnin – Rabu | 18:00 – 20:00 |
Jumaat | TUTUP |
014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)
LOKASI KAMI
CAWANGAN NILAI:
No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
CAWANGAN JOHOR BAHRU:
No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.