WHATSAPP KAMI

Apa itu Bahu Frozen?

Frozen shoulder merupakan antara kes yang sering berlaku kepada mereka yang mengalami masalah sakit bahu. Frozen shoulder atau bahu beku ialah kondisi di mana tisu penghubung sendi bahu mengalami proses keradangan, penebalan dan ketegangan. Bahu Frozen akan mengakibatkan pengurangan di dalam pergerakan sendi bahu dan kesakitan.

Berikut merupaka fasa berlakunya Bahu Frozen

Keradangan akan turut diikuti dengan dengan ketebalan dan ketegangan kapsul sendi bahu. Apabila ianya berlaku, pergerakan sendi akan menjadi berkurangan. Sendi bahu penghidap Bahu Frozen akan melalui 3 fasa bagi tempoh beberapa bulan seperti berikut:

1. Fasa kesakitan: Di dalam fasa ini, bahu mengalami kesakitan di dalam kebanyakan pergerakan dan mula merasa ketat.

2. Fasa pengekatan (freezing): Pengurangan pergerakan bahu disebabkan oleh penebalan pada permukaan kapsul sendi. Penghidap akan mengalami kesukaran semasa mengangkat tangan melepasi kepala dan semasa digerakkan ke bahagian belakang pinggang.

Apa yang berlaku ketika Bahu Frozen

3. Fasa (thawing): Fasa terakhir ini, bahu akan merasa ringan dan bebas melakukan gerakan. Pergerakan sendi akan mula beransur pulih.

Simptom apakah yang akan dialami oleh penghidap Bahu Frozen? ·

Kebiasaannya simptom utama yang dialami oleh orang yang mengalami masalah frozen shoulder adalah seperti kesukaran untuk melakukan pergerakan bahu. Pesakit juga akan mengalami rasa sakit dan keras apabila hendak melakukan pergerakan bahu. Lama-kelamaan ia akan menyebabkan berlakunya kecutan pada bahagian otot.

Hal ini disebabkan oleh pergerakan yang semakin berkurangan, dimana ia akan menyebabkan otot yang tidak digunakan semakin lemah. Kadangkala sakit tersebut akan mengganggu tidur/rehat dan akan menggangu kualiti kehidupan seharian.

Apa risiko berlakunya Bahu Frozen

Kebanyakan kes Bahu Frozen akan berlaku tanpa faktor kecederaan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor berikut dijangka dapat memberi sumbangan kepada berlakunya Bahu Frozen: ·

Umur: Penghidap sering kali berumur lebih di antara 40 hingga 60 tahun. ·

Jantina: Wanita lebih cenderung mengalami Bahu Frozen berbanding lelaki. 70% daripada kumpulan penghidap adalah perempuan.

Bahu yang telah mengalami kecederaan atau pembedahan: Individu yang mempunyai sejarah kecederaan atau pembedahan bahu adalah berisiko untuk menghidapi Bahu Frozen. Kapsul sendi bahu berisiko menjadi keras sepanjang fasa pemulihan selepas menjalani pembedahan.

Penyakit diabetes: Penghidap diabetes meningkatkan risiko mengalami Bahu Frozen sebanyak 2 hingga 4 kali ganda dengan tiada penyebab. ·

Lain-lain penyakit sistemik badan: Peningkatan potensi mengalami Bahu Frozen di kalangan penghidap penyakit sistemik seperti jantung dan Parkinson. ·

Penyakit endokrin: Penghidap Diabetes merupakan risiko utama mengalami Bahu Frozen. Penghidap yang bermasalah endokrin lain seperti Hyperthyroidism (tiroid terlebih aktif) dan Hypothyroidism (tiroid kurang aktif) turut berisiko.

Apakah rawatan awal yang anda boleh lakukan ke atas Bahu Frozen?

Rawatan awal berikut akan dapat membantu mengurangkan kesakitan pada sendi anda:

1. Protection: Elak bahu yang terlibat dari melakukan aktiviti yang membebankan.

2. Rest: Berhenti daripada melakukan aktiviti yang tinggi bebanannya dan rehat secukupnya perlu diambil.

3. Ice: Rawatan sejuk akan dapat mengurangkan inflamasi di dalam sendi pada peringkat awal dan membantu mengurangkan sakit. Anda dinasihati untuk meletak terapi sejuk selama 15 minit dan diulangi 3-4 kali sehari. Ianya akan membantu melancarkan pergerakan sendi serta bantu menguatkan otot. Ada individu yang rasa selesa dengan rawatan haba.

4. Compression: Sekiranya bengkak masih ada, balut elastic bandage bagi meningkatkan sistem pengaliran darah.

Anda juga boleh lakukan senaman seperti video ini bagi membantu mengurangkan masalah tersebut.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu 18:00 – 20:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.

TEMPAH TEMUJANJI