Apa itu Heel Spur?
Heel Spur merupakan ketumbuhan tulang yang berlebihan di bahagian tumit kaki. Ia terjadi disebabkan pemendapan kalsium di bawah tumit kaki. Kebanyakan orang yang mempunyai heel spur akan mengalami plantar fasciitis (Inflamasi di fibrous tissue yang berada dibawah tapak kaki, tisu yang bersambung di antara jari kaki dan tumit kaki, ini dikenali sebagai Plantar Fascia).
Anda perlu berjumpa dengan Ortopedik atau Podiatrist untuk mendapatkan diagnosis doktor. Ia dapat mengenalpasti melalui x-ray. Kebiasaannya, selepas berjumpa Ortopedik atau Podiatrist, mereka akan mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan Physiotherapist bagi merawat secara non surgical.
Simptom-simptom anda mungkin mempunyai heel spur :
- Sakit di tumit kaki ketika berjalan atau berpijak di atas lantai
- Tegang di tapak kaki, dan di betis
- Terasa seperti menucuk di bahagian tumit kaki

Cara-cara untuk merawat
- Senaman pertama

- Letak kaki yang sakit lurus di belakang dan rapatkan ke atas lantai (pastikan kaki tidak terangkat), dan lagi satu kaki di hadapan dengan membengkokkan kaki tersebut (pastikan lutut sama baris dengan ibu jari kaki)
- Kemudian bawa badan anda perlahan-lahan ke hadapan sehingga anda dapat rasa otot di tapak kaki dan juga di betis terasa tegang.
- Tahan posisi tersebut selama 15 saat. Kemudian rehat sebentar, luruskan kaki anda. Ulang 5-10 kali rep
- Ulang senama ini sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
2. Senaman kedua
- Berdiri di hujung tangga seperti dalam gambar tertera (pastikan lutut lurus)
- Kemudian perlahan-lahan turunkan tumit kaki ke bawah sehingga ada rasa tegang
- Tahan posisi selama15 saat. Kemudian rehat sebentar, naikkan semula kaki anda. Ulang 5-10 kali.
- Ulang senaman tersebut sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari
3. Senaman ketiga
- Duduk di atas kerusi, letakkan bola kecil seperti bola tennis, massage ball, atau kayu kecil di bawah tapak kaki. (pastikan untuk beri tekanan pada objek yang digunakan)
- Gerakkan kaki kehadapan dan kebelakang sebanyak 20 kali
- Ulang senama ini sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Segera rujuk doktor atau pakar
Dinasihatkan untuk segara berjumpa dengan pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami tanda dan gejala seperti yang disebutkan.
KELEBIHAN KAMI
MERAWAT MENGIKUT JANTINA
RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA
KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH
PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK
KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA
WAKTU OPERASI
Sabtu – Khamis | 9:00 – 18:00 |
Isnin – Rabu | 18:00 – 20:00 |
Jumaat | TUTUP |
014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)
LOKASI KAMI
CAWANGAN NILAI:
No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
CAWANGAN JOHOR BAHRU:
No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.
