WHATSAPP KAMI

Kenapa Jari Bengkak Tiba-tiba?

Bangun tidur tiba-tiba jari tangan atau jari kaki anda rasa bengkak, sakit atau menjadi kemerahan. Saat anda keluar waktu panas,anda rasakan jari anda menjadi bengkak. Walaupun anda tidak melakukan kerja berat. Haruskah anda panik? Mungkin tidak. Jangan panik dan risau. Pembengkakan tersebut terjadi ada banyak sebab dan tidak berbahaya.

Penyebab Bengkak Jari Tangan dan Jari Kaki:

1. Suhu Yang Panas

Panas menyebabkan saluran darah melebar, membolehkan lebih banyak wap panas badan keluar untuk menjaga suhu badan tetap normal, kata Tammy Olsen Utset, MD, MPH, seorang profesor di jabatan reumatologi di University of Chicago.

Apabila saluran darah melebar, wap cair yang keluar dan terperangkap dalam tisu lembut pada kulit menyebabkan pembengkakan. Bengkak akan berkurang dengan cepat apabila anda mula menggunakan tangan atau kaki anda secara aktif. Sekiranya anda melihat pembengkakan hanya pada tangan dan jari (bukan pada kaki anda), dan disertai dengan rasa sakit atau kelemahan cengkaman, ini mungkin bukan hanya kerana panas dan anda perlu berjumpa doktor.

2. Terlalu banyak makan garam

Mana-mana makanan yang ditambah dengan garam atau khusus dengan rasa masin jika berlebihan boleh menyebabkan jari anda membengkak. Tubuh anda secara automatik akan berusaha mengekalkan keseimbangan garam dan air, jadi apabila badan anda mendapat banyak garam, cairan tersebut akan disimpan untuk menyeimbangkan kandungan garam. Itulah salah satu sebab mengapa badan anda akan membengkak lebih banyak. Biasanya, pembengkakan ringan disebabkan makanan masin berlebihan akan hilang dengan sendirinya dalam satu hari atau bergantung pada berapa banyak garam yang masuk ke dalam badan anda.

3. Arthritis

Arthritis adalah kesakitan, bengkak, kemerahan atau kekejangan sendi. Arthritis ini boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit yang mempunyai gejala yang hampir sama. Antara sebab-sebab arthritis ialah kerosakan sendi, jangkitan kuman, penyakit yang diwarisi ” Gout family history” dan sebagainya.

4. Kesan pengambilan ubat yang tertentu.

Sebelum ini pernah mengambil ubat yang tertentu dengan tidak terkawal ataupun terkawal pada waktu remaja boleh memberi kesan sampingan. Antara pengambilan ubat yang akan memberi kesan kepada sendi ialah steroid, ubat sakit saraf, ubat tahan sakit “painkiller”, ubat terapi hormon, dan ubat diabetes.

5. Aktiviti fizikal dan sukan.

Terjadinya bengkak disebabkan oleh peningkatan keperluan tenaga otot ketika melakukan aktviti fizikal. Bengkak pada jari anda juga boleh berlaku selepas anda bersukan atau melakukan aktiviti fizikal seperti memotong rumput, menaip komputer dan sebagainya.

Contohnya, semasa anda tengah berolahraga, otot akan menghasilkan panas yang membuat sistem anda mendorong darah untuk pergi ke saluran darah yang paling dekat dengan permukaan kulit badan anda, untuk mengeluarkan wap atau suhu panas.

Bukan hanya itu, ia juga akan memicu atau mengeluarkan peluh dan boleh menyebabkan pembengkakan sendi jari tangan atau jari kaki.

6. Kehamilan

Apabila bayi anda semakin besar, rahim memberi tekanan pada saluran darah pada pelvis. Hal ini juga akan menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan dibahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava (Vena Cava) bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Wanita hamil akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Vena Cava :

Vena cava adalah urat besar yang mengembalikan darah ke jantung dari kepala, leher dan kedua-dua anggota atas. Vena cava inferior mengembalikan darah ke jantung dari bahagian bawah badan.

7. Jangkitan kuman

Jangkitan atau infeksi boleh menyumbang terjadinya bengkak, kemerahan dan kesakitan pada bahagian sendi jari tangan dan jari kaki.

Selain kecederaan, jangkitan jari tertentu juga boleh mengakibatkan pembengkakan jari atau keadaan daktilitis (dactylitis) yang merupakan keradangan pada jari atau jari kaki.

Secara amnya, jari yang bengkak akibat jangkitan akan terasa sakit. Jangkitan pada jari yang sering berlaku adalah jangkitan kulit akibat Streptococcus, paronychia, dan sebagainya.

Pencegahan yang anda boleh lakukan.

  • Jaga postur dengan mengelakkan berdiri atau berjalan secara bongkok.
  • Tidur di atas tilam yang keras.
  • Elakkan mengangkat barang berat.
  • Kerap bersenam: untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
  • Pengurangan berat badan.
  • Mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama.
  • Menangani tekanan.

Rawatan.

  • Langkah awal ialah dengan rehat secukupnya.

  • Meletakkan cold pack di bahagian area yang sakit, bengkak dan merah. Letak dalam 10-20 minit. Balut ice dengan tuala dan letakkan dibahagian merah atau bengkak. Untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan.

  • Kurangkan berat badan.

  • Gunakan kasut yang tumit rendah.

  • Gunakan pek panas (Hot Pack) untuk mengurangkan ketegangan pada sendi anda.

Rawatan Fisioterapi

1.Memberi rawatan yang manual seperti melakukan urutan di tempat yang mempunyai bonjolan bagi memudahkan aliran darah ke bahagian tersebut, Ia akan melicinkan sendi dan memudahkan pergerakkan. Mula dengan urutan dalam arah melintang. Kemudian dalam arah membulat. Teruskan urut selama dua hingga tiga minit dan diikuti oleh senaman mobilisasi.

2. Senaman

i. Gunakan tangan baik untuk menarik jari yang terlibat sehingga rasa regangan di bahagian bawah jari anda. Tahan 15 saat dan ulang 3-5 kali.

ii. Gunakan tangan baik untuk menarik jari yang terlibat kebawah sehingga rasa regangan di bahagian atas jari anda. Tahan 15 saat dan ulang 3-5 kali.

iii. Gunakan barang yang lembut atau span seperti bola getah. Mengambil benda lembut, genggam kuat untuk 5 saat. Lepaskan dan buka jari anda seluas mungkin, dan kemudian mengulangi 10 kali. Senaman dan pergerakan yang kerap boleh membantu memanjangkan tendon flexor serta melegakan gejala Trigger finger.

Segera rujuk doktor atau pakar

Dinasihatkan untuk segara berjumpa dengan pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami tanda dan gejala seperti yang disebutkan.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu 18:00 – 20:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.

TEMPAH TEMUJANJI