Cara Squatting yang Betul?
Betul ke salah kalau squatting lutut tak boleh lebih kaki? Ramai yang agak risau tentang “form” sewaktu squatting. Terutama bila kita workout dan menggunakan beban yang tinggi. Jika ia membahayakan, kenapa “weightlifters”, kebiasaanya akan meletakkan lutut di hadapan kaki?
So Betul atau Tidak sebenarnya “Rule” ni? Kebiasaannya cara yang salah yang selalu atlet lakukan adalah apabila dia gerakkan bahagian “ankle” terlebih dahulu dengan meletakkan lutut ke hadapan. Hal ini yang akan menyebabkan tekanan tinggi pada struktur lutut yang boleh menyebabkan kecederaan dan sakit pada bahagian lutut.
Cara yang lebih baik adalah untuk fokus pada pergerakan ‘hip’ dan juga ‘ankle’ sewaktu ‘squatting’. Isu sebenar yang perlu difokuskan adalah ‘balance’ sewaktu squatting, dan centre of gravity mestilah sentiasa selari dengan kedudukan tengah tapak kaki kita sewaktu squatting.
Jika anda menggunakan ‘body weight’, centre of gravity tersebut berada di pusat anda. Dan jika anda menggunakan ‘barbell’, centre of gravity tersebut adalah pada ‘barbell’ tersebut. Senaman akan lebih efisyen Jika kita mampu mengawal centre of gravity itu untuk berada di tengah kawasan tapak kaki kita.
Bagaimana cara yang betul?
- Pertama sekali, fokus pada pergerakan hip terlebih dahulu seperti hendak duduk.
- Dan pada ketika kita lakukan full depth squatting kedudukan lutut akan berada melebihi tengah kaki.
.
Secara rumusannya, komponen yang penting dalam squatting adalah ‘weight distribution’ dan juga ‘centre of gravity’. Bukannya kedudukan lutut ketika squatting. Ingat, gerakkan hip terlebih dahulu.
Sebarang persoalan boleh rujuk dengan kami.
Untuk tips senaman anda boleh lihat Youtube Channel kami.
KELEBIHAN KAMI
MERAWAT MENGIKUT JANTINA
RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA
KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH
PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK
KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA
WAKTU OPERASI
Sabtu – Khamis | 9:00 – 18:00 |
Isnin – Rabu | 18:00 – 20:00 |
Jumaat | TUTUP |
014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)
LOKASI KAMI
CAWANGAN NILAI:
No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
CAWANGAN JOHOR BAHRU:
No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.