Kelemahan pada otot muka akan berlaku dengan cepat dalam beberapa jam dan akan menjadi lebih lemah dalam beberapa hari. Kelemahan otot ini berbeza dimana ada otot yang lemah sedikit manakala ada otot yang terlalu lemah.
Antara tanda-tandanya adalah ;
- Sebelah muka anda akan menjadi lemah dan apabila anda senyum, hanya sebelah otot muka yang berfungsi.
- Tidak berupaya untuk mengunyah makanan. Makanan mungkin akan terperangkap diantara lelangit dan gusi. Minuman dan air liur juga akan meleleh dari tepi mulut.
- Anda tidak berupaya menutup mata dan ini menyebabkan mata akan menjadi kering atau air mata akan mengalir keluar.
- Anda tidak dapat kedutkan dahi anda, tidak dapat meniup ataupun mengembangkan pipi.
- Anda juga akan bermasalah dalam sebutan perkataan yang bermula dengan huruf P.
- Sesetengah orang tidak menghadapi kesakitan manakala segelintir orang akan mengalami kesakitan dibelakang telinga untuk beberapa hari.
- Anda juga akan kedengaran suara/ bunyi dengan kuat walaupun bunyi itu tidak terlalu kuat.
- Deria rasa juga akan terjejas.